Tak sehat.huhu...

Tak sehat.huhu...

Kamis, 1 Feb 2007 - Aku mengambil keputusan utk pulang ke kampung halaman setelah sebulan lebih ditinggalkan.Smp di Tepeng lebey kureng kul 4 ptg,langsung ke kedai membeli makan.Mlm,tiada aktiviti menarek.

Jumaat, 2 Feb 2007 - Seawal jam 9,menalipon opis mengkabarkan aku EL.Tapi ala2 nak MC sbb nak demam.Tapi tak gi jumpe dokter so EL je lah.Berbual bual ngan abah.Sungguh terasa kesunyian di rumah itu pabila ketiadaan bonda.Menyatakan hasrat 'itu' kepada abah.Alhamdulillah diterima dan akan dibincang lebih lanjut bersama akak sulong.Namun disebalik kegembiraan itu,terselit juga kedukaan dan kesedihan dimata abah.Kutahan agar suasana gembira itu tidak bertukar menjadi sedih dan sayu.Mmg sedih bila berita gembira itu tidak dapat dikongsi malah tidak dpt dirasai dan diraikan bersama dgn insan yg bergelar ibu.We missed u so much mom!

Mlm nyer Andak pulang.Abah berbual panjang bersama Andak.Mungkin akan hal 'itu'.Anjang menerima perkhabaran sedih.Rakan skolahnya telah meninggal dunia pd jam 12 tgh mlm itu disebabkan sakit jantung.Baru ptg tadi mereka bertemu dan bergelak tawa.Namun, sesungguhnya ajal dan maut itu ditgn Tuhan.Kita sebagai umatNya harus bersedia dan redha dgn ketentuanNya.Mlm itu juga genaplah 13 minggu arwah bonda kembali ke rahmatullah.Sungguh pantas masa berlalu.

Sabtu, 3 Feb 2007 - Tiada aktiviti di siang hari.Menontotn tv.Sambil2 berbual bersama abah dan Andak mengenai hal 'itu'.Mengalami sedikit mix emotion.Pantas masa berlalu.Bersediakah aku menempuh alam baru itu?Entah lah.Tunggu dan lihat sajer.

Ptgnyer ke pasar malam dan membeli tiket bas pulang ke Kuala Lumpur.Berjalan jalan carik makan.Namun tiada yg berkenan dihati.Barangkali byk kupu-kupu didalam perut.

Mlm nya menonton tv lagi sblm terperap didlm bilek melayar internasi sambil bergossip bersama rakan2 cyber.Sambil2 itu berfikir dan berfikir lagi.Kemudian kekasih menalipon.Kedengaran gembira saja.Tak resahkah dia?Atau hanya aku yg terlalu berfikir?Entah.Perlu mendapatkan nasihat dr pakar.*tapi aku gembira sebenarnya.rase nak senyum sentiasa.tidur pun nak senyum.

Ahad, 4 Feb 2007 - Pagi akan melawat ibu.Membawa orkid kegemarannya.Saya rindu ibu.Jika ibu masih ada,bagaimana agaknya reaksi ibu bile tahu akan berita 'itu'?Mesti la die gembira kan?Mesti die paham perasaan aku skarang.I wish I can talk to her and tell her how worried I am utk menghadapi semua ini?Alhamdulillah sa ya ada adik beradik yg memahami dan sanggup menolong dan berkorban utk adik bongsu mereka ini menghadapi saat2 ini.I heart my family so much.

Akan pulang ke Kuala Lumpur.Bakal dijemput oleh kekasih.Tak sabar bertemu kekasih.Tak sabar utk memberitahu berita 'itu'.Ape 'itu'?Ala mesti dah bole teka kan?Tapi biarlah dulu.Kene tunggu Mac ni utk confirmation.Ops.....

0 Comments

Your Name:


Your Comment: