4 November 2006
Jam menunjukkan hampir jam 1 pagi.Sekejap lagi cukup seminggu arwah mak kembali ke rahmatullah.Ya Allah, begitu sekejap rasanya Kau meminjamkan bondaku kepada abah dan adik beradik yg lain.Namun kami redha dan pasrah atas kehendakMu Ya Allah.
Sabtu, 4 November 2006, 12 Syawal 1427, 1.10 pagi, arwah mak menghembuskan nafas yg terakhir di rumah Yong di Bandar Sri Damasara.Mak meninggal disebabkan kanser usus yg kritikal yg dikesan sejak 3 bulan yg lalu.Pelbagai usaha dan ikhtiar yg kami lakukan namun Dia lebih sayangkan mak dr kami semua.
Pada mulanya mak mengidap santau angin dan berlarutan menjadi kanser.Kuasa Tuhan tiada siapa yg boleh halang.Mula dgn batuk yg berlarutan sejak Disember tahun lepas,ia berlarutan bila mak takde selera makan.Badan mak menjadi susut.Bulan Mac mak dimasukkan ke hospital swasta di Taiping dan dimasukkan 3 pain darah.Dr pun hairan ke mane hilangnya darah mak.So dr buat keputusan nak buat x-ray dan pelbagai test lagi.Masuk camera ikut tekak dan punggung tapi hasilnya hampa.Mak disahkan sihat Cuma darah hilang.Aneh bukan?
Ntah berapa ramai doctor,pawang,bomoh,ustaz dah kami berubat.Sejauh mane pun kami gagahi pergi dan duit pun dah berhabis byk.Namun usaha kami menemui jalan buntu.Mak bertambah kurus.Badan yg dulu berisi kini tinggal tulang.Pipi yg dulu chubby kini tak berseri seperti dulu.
14 Ogos 2006, mak diserang minor stroke.Mak tak bole bercakap dan perut mak semakin membesar seperti mengandung 7 bulan. Kami adik beradik pakat balik dan aku bergilir ngan Anjang jaga mak kat hospital.Bile tanyer dr,derang kate hati mak bengkak.dan ada minor clot kat brain.Derang buat blood test,x-ray,scan itu ini,bagi ubat mcm2 tapi takde perubahan.Seminggu mak kat hospital, mak balik rumah.2 minggu lepas tu,ade appointment ngan dr,mak admitted lagi sekali.Kali ni buat CT scan.Aku ingat lagi,mase tu birthday mak.Mlm sblm tu,aku ngan Anjang celebrate birthday mak.Walaupun kami berdua sekali ngan abah,mak nampak happy.Mak gagah jugak makan sepotong kek yg kami beli utk celebrate birthday mak.Dan itulah last birthday buat mak.Then siang nyer,aku balik KL.Aku ngan abah hanta mak ke hospital utk CT scan.Then abah kene hanta aku ke bus stand.Mase aku salam ngan mak,mak senyum je.Aku ucap selamat hari lahir buat mak.Lagi lebar sengih die.Smp hari ni aku masih ingat senyuman tu.Mak ckp mak nak ikut aku gi KL.Aku ckp, ‘Nnt mak yer.Kite tunggu mak sehat dulu.Bile mak dah kuat,kite jln2 kat KL ngan Bedah.Mak nak pegi memane pun kami bawak’.Mak angguk jer.Mak masih tersenyum walaupun aku tahu mak menahan sakit.Aku balik dgn deraian airmata.Tak sanggup berpisah lama dgn mak.
Then through CT scan result,mmg sah hati mak bengkak.Then we have to wait for another appointment.Tgh bulan 9,mak admitted lagi.Kali ni dlm waiting list utk operation after buat biopsy dan mmg sah ade kanser.But lame sgt la hospital kerajaan ni pun.Nak buat test itu test ini nak check itu check ini.Makan masa.Mak dah tak tahan sakit.Terus die nak pegi Hospital Pantai Puteri,Ipoh.Byk specialist kat situ.Then bile kat sana,sume nyer mmg pantas.Tapi kami menerima perkhabaran buruk dr Dr.Menurut Dr,kanser ni dah lama merebak dlm badan.Kalau nak diikutkan pd CT scan tu,dah setahun mende tu merebak dlm usus dan dah merebak smp ke hati dan paru2.Kalau operation,chances nak berjaya hanyalah 10%.Lagipun mak tak cukup berat utk menjalani operation.So as solution,dr kate, u all bagilah kasih sayang sepenuhnya kpd mak u all.Dia tak punya masa yg lama.Paling lama pun sebulan.Kami menerima berita tu dgn hati yg cukup berat dan pasrah.Walaupun kami tak bagitau kat mak,tapi kami tahu mak tahu.Dan 3 hari kat hospital tu,mak nak balik.So kami stay kat rumah Angah.Sepanjang bulan puasa,mak stay kat umah Angah kat Ipoh.Anjang berulang dr Ipoh ke Bgn Serai.Andak pun berulang dr Tanjung Malim ke Ipoh.Di samping tu jugak,kami berikhtiar secara tradisional.Namun hasilnya masih hampa sbb ‘benda’ tu bermati matian tak mahu keluar dr badan mak.
27 Ramadhan 1427, Jumaat.Tahun ni kami mengambil keputusan utk beraya di Tanjung Malim,rumah Andak memandangkan Angah akan beraya kat rumah mertua die kat Gerik.So Jumaat tu, Anjang,mak dan abah bertolak ke rumah Andak.Mase tu,mak mmg lemah.Dah tak larat nak berjalan.Kene naik kerusi roda.Nak ke toilet pun kene ade org bawak.Badan mak kurus sgt.
Hari Sabtu,aku ngan Alang smp dr Kajang.Seronok tak kira dpt jumpe mak.Mak hanya baring kat sofa kat ruang tamu.Sesekali die dok kat bilek.Kami gilir2 jaga mak.Nak ke toilet ke,nak minum ker.Persiapan raya pun ala kadar je.Takde mood sgt pun nak sambut raya.Tapi aku,Anjang,Andak tetap jalankan kewajipan kami menyediakan ape2 patut.
Bile pagi raya,aku siapkan mak.Mandikan dia,pakaikan dia ngan baju baru,baju yg kawan mak beli dr Shanghai.Mak nangis terima duit raya dr kami.Kami bergambar beramai ramai.Pastu mak dah tak larat.Die baring je kat sofa.
Second day raya,Yong balik dr KL.Mertua Yong dtg sekali nak melawat mak.Mase derang smp,mak,Anjang,Acik ngan Andak takde.Mak nak henfon baru.Tak kisah la mahal ke murah.Janji baru.Sementara tu,aku ngan Yong sembang ngan Ibu (mertua Yong).Mcm2 die pesan.Die kate,bagilah kegembiraan kpd ibu bapa kita sementara mereka masih ada di dunia ini.Jgn nnt kite menyesal sbb tak dpt nak tunaikan permintaan mereka dan tak membuat mereka gembira.Ape yg mereka inginkan,seboleh bolehnyer tunaikan.Mana tahu,hajat mereka tak smp.Terkilan nnt.
Third day raya.Sume dah berkumpul.Seronok sgt.Buat BBQ.Sblm tu,semayang Maghrib berjemaah,baca Yassin,buat solat hajat dan semayang Isyak berjemaah.Kami doakan agar mak akan sehat seperti sedia kala.Then sessi bersalam salaman utk kali kedua.Then bergambar beramai ramai lagi.Bergambar buat kali terakhir bersama arwah mak.
Fourth day raya, Jumaat.Yong dah nak balik KL.Mak nak ikut Yong balik.So berangkatlah mereka ke KL.Kami menyusul keesokan harinya, Sabtu.Aku singgah umah Yong kejap sblm Abob jemput aku and balik Cyber.Alang stay umah Yong kot2 terberanak.So sepanjang minggu terakhir mak,Yong,Alang ngan abah yg jaga mak.
Hari2 terakhir mak.Mak meminta utk dipakaikan tudung.Yong pakaikan mak tudung.Siap berkeronsang cantik.Mak nak mengait.’Aku takde beg duit benang bulu kambing.Beli benang kaler kuning tau’ Kaler feveret mak.Yong keluar pegi cari dan bagi mak jarum kait dan benang kaler kuning feveret mak.’Mcm mana nak kait.Tgn mak terketar ketar ni’.Alang buatkan utk mak.Dah siap,die pegang,letak kat dada.Senyum.Then die nak Slurpee.Abah gi beli kat 7E,jln kaki.’Mak nak pakai baju yg Angah belikan kat mak mase raya haritu’.Yong pakaikan kat mak.Sepanjang hari dia pakai baju tu.’Mak rasa nak pakai gelang kristal lah’. Yong ngan Alang pi cari kat AVON.Tapi besar.Mak tetap pakai.Rabu, aku balik ke rumah Yong ngan Andak.Tgk gelang kristal tu besar sgt,aku pakaikan gelang kristal aku yg Abob belikan utk aku.Then pagi mase aku gi keje,aku salam mak,cium mak.‘Mak,atun gi keje dulu.Nnt ari jumaat Atun balik lg.Mak makan tau.Kasi cepat sehat.Nnt kite bole pi jln.Mak kan nak pi langkawi.Nnt jumaat Atun balik Atun pulak jaga mak.Sementara ni Yong ngan Alang jaga mak.Mak jaga diri mak yer’.Ari Jumaat,Anjang smp dr Taiping pukul 5 ptg.Anjang bawak bunge orkid mak yg berbunge cantik sgt.5 pasu Anjang bawak.Anjang susun tepi katil mak kasi mak tgk.Mak nangis tgk bunge2 die kembang cantik.Yong amek bunge tu bagi mak.Mak pelok letak kat dada sambil nangis.’Biarlah orkid2 ni kat sini.Mak nak tgk puas2’
Aku smp dr opis ke rumah Yong pukul 9.Aku masuk rumah,abah ngan anjang tido kat ruang tamu.Yong tgh lipat kain.Alang dok layan Mirul.Aku tgk mak tgh tido.So aku borak2 ngan Yong.Mase tu mak bernafas kuat.Mcm bunyi org kesedihan dan kesakitan.Aku tgk perut mak berombak yg kuat sgt.Dlm pukul 10,Yeop balik.Yeop yg memule perasan mak lain mcm.Mlm sblm tu,ade ustaz dtg berubat mak.Abob pun ade mase tu.Ustaz tu ckp mmg ade ‘bende’ dlm badan mak.Dlm setiap sendi ada makhluk tu.Ustaz tu pesan suruh lap badan mak dgn air penawar yg die bagi.Then aku lap badan mak,muke mak ngan air tu.Tapi mak tak bukak mata.Aku panggil mak.Mak menyahut tapi tak bukak mata.Nafas mak makin kuat.Terus kejut abah ngan Anjang.Yeop call adik beradik yg lain.Aku duduk seblah mak.Dlm fikiran aku,mak takkan pergi lagi.Mak penat je ni.Akak2 ngan abah bace Yassin.Akak2 bergilir2 ajar mak syahadah dan lailahaillah.Aku pun baca Yassin.Tetibe aku rase lapa yg amat.Yong suruh pi makan sementara abah dok seblah mak ajarkan syahadah.Then Andak smp.Yong ckp kat Andak.’Bagitau mak hang dah smp.Mane tahu die tunggu hang’.Then dlm pukul 1,nafas mak makin perlahan.Aku mase tu suapan penghabisan.’Adik cepat.Nafas mak makin slow’.Alang ckp kat aku.Terus aku campak nasik tu dlm pinggan basuh tgn capai Yassin bace kat seblah mak.Sume dah mengadap mak sambil bace Yassin.Yong di seblah kiri mak,abah di seblah kanan mak.Perlahan.Makin perlahan.Yong bgn capai Yassin,aku sambung bace lailahaillah kat telinga mak sambil pegang tgn mak.Perlahan nafas dihembus.Itulah nafas terakhir mak.Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.Aku pegang tgn mak,aku tenung muke mak.Aku tgk abah tenang tgk mak pergi.Kami bersyukur mak pergi dgn tenang tanpa sebarang kesakitan di wajah mak.Aku terus call Abob.Bile aku bagitau kat Abob,baru airmata aku mengalir.Terasa sekejap sgt aku jumpe mak.Then kami uruskan jenazah.
Alhamdulillah pengurusan jenazah berjalan lancar.Kebetulan ada sedara di Setiawangsa sebagai imam masjid menguruskan semuanya.Dr memandikan jenazah,mengkafankan jenazah dan menyembahyangkan jenazah.Aku ngan Anjang balik dulu ke rumah Taiping utk berkemas.Sepanjang perjalanan kami senyap je.Anjang berzikir.Aku bace Yassin.On the way tu, Faredah call aku.Terus airmata aku bercurah curah.Then ramai yg SMS ucap takziah.
Sesmp kami kat rumah,dah ramai org dtg.Kami terus kemas,sediakan ape2 patut.Then makcik2 dr belah mak ngan abah smp.Masing2 sugul.Kali terakhir derang jumpe mak,mase bulan puasa.
Dlm pukul 2.30,jenazah smp dr KL.Mase tu hujan lebat sgt.Org ramai mengerumuni jenazah.Mak nmpk cantik.Tersenyum.Ramai sgt org dtg.Mak ngan abah mmg ramai kenalan.Dlm pukul 4,jenazah dibawa ke tanah perkuburan.Aku nak ikut ke kubur tapi hujan lebat sgt.Anjang tak bagi pergi.Melihat mak dibawa kedlm van jenazah,hati aku sayu sgt.Tiada sudah hilai tawa mak,tiada sudah leteran mak,tiada sudah masakan2 kegemaran aku,tak berseri laman jagaan mak,hilang tmpt mengadu segala masalah,hilang segala2 nya.Namun aku pasrah dan redha.Mak selamat bertemu dgn penciptanya.Hilang sudah seksa mak di dunia ini.Mase jenazah dikebumikan,hujan turun dgn lebat.Hujan berhenti masa talkin.Elok habis berdoa,hujan turun semula.Angah letak bunge orkid mak yg kembang dan cantik tu kat pusara mak.
Besoknyer, Kak Yah smp dr Johor. Kak Yah jage mak sepanjang bulan puasa hari tu.Kak Yah cite,tercapai hasrat mak nak meninggal kat rumah Yong.Cuma satu hasrat je tak tercapai.’Nak tgk adik bertunang’.Aku sentap dan sedih sgt.Namun Dia dah tentukan semua ini.Aku terima dgn redha.
Dlm kedukaan,terpancar sinar bahagia.Selepas 2 hari pemergian bonda ke rahmatullah,Alang selamat melahirkan baby girl.Nurul Farhana,cahaya kegembiraan.4.2 kg.Comel dan cantik sgt.Pipi montel giler.Yg pergi diganti dgn yg baru.Allah Maha Adil dan Penyayang.
Dikesempatan ni aku nak ucap terima kasih kepada rerakan…Abob,Jaa,M ilo,Teh,Jurina,Faredah,B, Yanie,Kak Jue,Kak Wanie,Abg Bad,Bombe dan sesape saje yg hanta SMS,yg call ucap takziah kat family aku.Terime kasih sgt.To B,terima kasih sbb buat majlis tahlil utk arwah mak kat Jepun sana.Aku terharu sgt.Hanya Allah dpt membalasnya.Semoga arwah mak tenang di sana.Mak,kami amat merindui mak.Hanya doa dan ayat2 suci dpt kami hadiahkan buat mak.Mak tenanglah bersemadi di sana.Kami sayang mak lebih dr segalanya.Mak kukuh terpahat di hati kami semua.Kami akan jaga abah dan pastikan ikatan kekeluargaan kita kukuh dan erat.Al-fatihah…&hellip ;..
Gembirakanlah hati org tuamu sementara hayat mereka masih ada.
Hasmah bt Puteh Aziz, 4 November 2006, 1.10 am, 62 tahun 2 bulan
posted by: NoraNNie (reply)
post date: 11.10.06 (7:28 pm)
Yang pergi tetap pergi..kita yang tinggal nie perlulah sentiasa tenang dan sabar dengan kehendakNya..Semoga arwah tenang bersemadi di sana dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh..setiap apa yang berlaku ada hikmahnya di sebalik..moga kita tabah menghadapi setiap dugaan yang datang..
posted by: NoraNNie (reply)
post date: 11.10.06 (7:42 pm)
Yang pergi tetap pergi..kita yang tinggal nie perlulah sentiasa tenang dan sabar dengan kehendakNya..Semoga arwah tenang bersemadi di sana dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh..setiap apa yang berlaku ada hikmahnya di sebalik..moga kita tabah menghadapi setiap dugaan yang datang..
posted by: dania (reply)
post date: 11.11.06 (10:11 am)
takziah untuk kamu ya..tenang2kan hati.. :|
posted by: ajurina9 (reply)
post date: 11.11.06 (7:40 pm)
aku dapat merasai kesedihan ko nok..
tabahkan hatimu..
posted by: b (reply)
post date: 11.12.06 (7:14 am)
u r so brave my fren.ur mother must be proud to have u.
posted by: faizahs (reply)
post date: 11.12.06 (7:04 pm)
innalillah hiwainna ilai hiroji'un.
bergenang air mata sata membacenya. tabah ye. biarlah mak anda pergi dari dia menangung beban sakit. ada hikmahnya
posted by: hainey (reply)
post date: 11.13.06 (5:25 pm)
sedih baca entry ni..takziah utk aton..anda sgt tabah..huhu...
posted by: gohedgustan (reply)
post date: 11.13.06 (11:01 pm)
share same experience . tapi 7 thn yang lalu
posted by: fizah (reply)
post date: 11.13.06 (11:52 pm)
dik...sbr ye...kuatkan semangat...wpun ckp senangla...tp allah uji hambaNya yg mampu...takziah...
posted by: arhiderrr (reply)
post date: 02.28.09 (6:50 am)
Nice article
posted by: arhiderrr (reply)
post date: 02.28.09 (3:45 pm)
Nice article
posted by: arhiderrr (reply)
post date: 02.28.09 (11:32 pm)
Nice article
posted by: arhiderrr (reply)
post date: 03.01.09 (7:25 am)
Nice article