Ramadhan

Ramadhan

Ramadhan dtg lagi.Tp Ramadhan kali ini benar2 menguji keimanan,kesabaran dan ketabahan kami sekeluarga.Mak sakit.Kuar masuk hospital.Dr kerajaan ke swasta.Masih sama.Cahaya yg diharapkan dpt menyinar kembali harapan semakin kabur.Ya Allah tabahkanlah hati kami.Bagai luluh hati kami bila doc kata tak boleh dioperate memandangkan keadaan mak yg uzur,tak cukup berat dan benih barah yg semakin menular sehingga ke paru2.Doc pun tidak menjanjikan apa2 yg baik.

Namun Allah masih memberi ruang kepada kami utk berikhtiar.Si polan yg merupakan pawang diraja Perak dtg utk merawat mak yg sakit.Katanya mak terkena ilmu sihir hitam.Mmg tahap yg tertinggi.Jika dibiar mmg bole membawa maut.Lalu kami serahkan segalanya kepada si polan ini utk menghapuskan 'benda' yg menghuni tubuh mak.Tapi aku tak boleh bercerita lanjut ttg perkara ini kerna si polan ini berpesan supaya perkara ini tidak diceritakan kerna gusar 'benda' itu mengganas dan akan mengacau anak beranak mak pulak.

Smlm aku call Yong.Bertanyakan keadaan mak yg sedang dirawat oleh si polan itu.Alhamdulillah,perubahan ke arah yg baik.Namun selagi 'benda' itu tak dihapuskan,kami blom boleh menarik nafas lega.Semoga Allah memberkati usaha kami.Sembuhkanlah mak.

Hari ni hari Jumaat.Aku akan pulang ke Ipoh bertemu mak.Kami tidak akan pulang ke Taiping buat sementara waktu.Rumah itu ada 'penghuni' lain.Perlu 'dirawat' dan dipasang pagar agar cerita lama tidak berulang lagi.Jadi tahun ini kami beraya di Ipoh.Di rumah baru Angah.Mungkin juga kami berpindah ke Ipoh.Tak tahu lah.Masa depan tak dpt dijangka.

Maaflah jika sesiapa yg bertanya kepada aku ttg keadaan mak,aku tak dpt bercerita panjang.Sekadar 'mak aku ok'.Aku tak dpt meneruskan cerita,pasti air mata akan gugur.Aku tak mahu menunjukkan kesedihan aku pd org.Cukuplah sekadar cerita yg dpt menyedapkan hati.Tapi hakikatnya,hanya Dia yg tahu perasaan aku dan keluarga sekarang ini.Cuma aku harapkan doa drpa rakan2 semua agar mak sembuh seperti sediakala.Amin.



posted by: b (reply)
post date: 09.28.06 (5:59 pm)

mak sedar perubahan sore ko nok
haritu masa mak tnya..
about ur mother's condition
trus mak tuka topik.
tabahkan hatimu ye nok.
nnti mak kirim duit raye..hik



posted by: pu3giloszz (reply)
post date: 09.28.06 (6:17 pm)

hehe.mekasih B.alang2 nak kasi duit raya biarlah berjuta juta ringgit yer.hik

Your Name:


Your Comment: