Cahaya

Cahaya

Hey.Bersiaran kite kembali.Actually tajuk postingan di atas takde kene mengene ngan entry ni.Tu tajuk lagu yg mak tgh denga skang.Ataupun mungkin ade kene mengene.Muke bercahaya disuluh cahaya keimanan.Ewah keimanan la sgt.Statement berani mati ni.Matilamak.

Percutian yg lame mengaratkan sedikit kepale otak dlm bab design mendesign ni.Masuk je opis Selase minggu lepas dah ade urgent job nak kene setelkan.Smpkan kene stay back kat opis.Tapi ok la kan.Kaver balik salary ngan duit OT.

So this month byk sgt tv series ngan reality TV yg baru start new season.Prison Break,House,Survivor,ANTM .Amazing Race pun.Smpkan tak hengat cite ape lagi yg tgk dulu.SO my PC kat umah tu pun bz jugak la mendonlod.Hehe.Mak suke mak suke.

Last Saturday Kak Jue gedik2 ajak mak gi Alamanda.Nak kuarkan duit katenyer.So mak pun OK kan aje.Smp je kat Putrajaya Sentral tu,sekali nampak bas gi Bndr Utama."Jom kak jue.OU" Mak gedik2 ajak kak jue.Ngatkan kak jue tanak gi.Sekali "Jom la".Haha.Jam dah kul 5 ni.Gedik2 jugak nak gi OU.Smp kat OU dah kul 6.Lalalala,shopping,jln.Lalalala,shopping,jln.Mrasa beli skirt and cardigan baru nak match ngan kain celoreng2 opismate mak kasik.Pastu mrasa jugak beli aromatherapy.Nak tenangkan jiwa yg kacau dan terusik.Sebut pasal bau bauan yg tenang ni,ari ni mak bgn lambat.Hamek kau.Tenang sgt tido smp terbabas.Seb baik jam blom kul 9.Kalo tak mrasa EL arini gamaknyer.Hik.Btw mak rase ke OU ari tu sgt jimat.Sbb tambang RM3 je pegi balik.Murs sgt kan?Kalo gini harus tetiap minggu gedik2 pegi sane lagi.Mrasa pulak pegi Ikano,The Curve dan yg sewaktu dgnnya.Terus balik umah Yong pun bijok juge.

Mak ni mcm verangan nak beli kete.MyVi kaler blue-silver gitew.Tp hentah la bile mak bole dptkan kete idaman mak ni.Mak tanak susahkan parents mak hulurkan downpayment.Mrasa nnt nak kene laser ngan adek badek yg lain.Berdikari.Cari duit sendiri.Hamek kau.So mak verangan nak tunggu dividen ASB mak nnt.Harap2 ade la rezeki.

Then mak baru je surf www.jiwang.org .Mak tertarik ngan satu artikel ni.Mungkin bole dijadikan panduan dan iktibar utk kita bersama.

Sesungguhnya sebuah pesawat yang jatuh dari angkasa dengan segala isi dan orang-orang yang ada di dalamnya, sekonyong-konyong di samping mayat-mayat yang hangus itu terdapat bayi dan orang yang tidak apa-apa! Kenapa kita tidak mengakui takdir terhadap apa yang telah terjadi itu? dan mengembalikan kepadamu semua yang kita alami untuk dijadikan sebagai pelipur lara?

Seorang pakar motivasi Dale Carnegie mengajak kita berfikir untuk mencapai tujuan ini. Katanya: Kita dapat melakukan sesuatu untuk mengubah akibat dari apa yang terjadi 180 detik yang lalu, tetapi kita tidak mungkin dapat merubah peristiwa yang sudah terjadi! Hanya ada satu cara untuk memanfaatkan masa lalu, iaitu dengan membuat analisa yang tenang terhadap apa yang sudah terjadi, terhadap semua kesalahan-kesalahan yang telah kita perbuat dan menarik pelajaran daripadanya dan kemudian melupakannya!.

Seorang perempuan menceritakan kisahnya:

Pada saat itu saya masih remaja, belum lagi mencapai usia dua puluh tahun. Tetapi saya sudah mengidap penyakit cemas. Saya selalu sedih dan makan hati atas perbuatan saya yang telah saya lakukan. Selesai ujian saya selalu tidak dapat tidur hanya berbaring saja sambil menggigit kuku jari sepanjang malam, ketakutan akan tidak lulus. Saya selalu hidup pada masa silam, pada hal-hal yang telah saya lakukan, dan selalu berharap agar saya telah melakukan hal-hal yang
berbeza, memikirkan apa yang telah saya katakan dan berharap seandainya saya mengatakan lain dari apa yang telah saya katakan itu.

Sampai pada suatu pagi, semua pelajar di bawa ke sebuah taman. Seorang pensyarah membawa sebotol susu yang kemudiannya diletakkan dihadapannya di depan kami semua. Semua mata saling berpandangan dan bertanya-tanya dalam hati apa hubungan susu itu dengan pelajaran yang akan diterangkannya.

Tiba-tiba, pensyarah berdiri sambil memegang botol berisi susu dan melepaskannya hingga jatuh ke tanah, sambil berkata: "Jangan mengisi susu yang telah tumpah!"

Kemudian ia meminta kami semua melihat pecahan-pecahan gelas dan cairan susu telah meresap ke dalam tanah itu, lalu ia berkata: Cuba lihat baik-baik, saya ingin kalian meresapkan pelajaran ini di dalam hati untuk selama-lamanya. Susu itu telah hilang seperti kalian lihat, meresap ke dalam tanah. Tidak ada satu kekuatan pun mampu mengembalikannya walaupun hanya setitis! Dengan sedikit berfikir dan berlaku hati-hati, mungkin kita dapat mencegah kejadian tersebut, tetapi kini segalanya telah terlambat. Apa yang dapat kita kerjakan hanyalah menghapuskannya, melupakannya dan melanjutkan pekerjaan lain yang masih harus diselesaikan! Sungguh tepat sekali. Dan ke arah situlah hadith berikut menganjurkan:

"Minta tolonglah kepada Allah dan jangan menjadi lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu maka janganlah mengatakan:
Seandainya aku mengerjakan begini maka akan menjadi begitu! Tetapi katakanlah: Itu semua adalah takdir Allah, apa dikehendakinya dikerjakannya, sebab kalimat: Seandainya..... itu akan membuka pintu buat syaitan."

Kepada semua rakan-rakan sekalian semoga cara seperti ini kita melupakan masa silam dan memulai perjalanan hidup kita dengan penuh semangat dan harapan. Kepada mereka yang membenci atau irihati dengan setiap kebaikan yang cuba kita lakukan, berserahlah kepada
Allah dan biarkan 'Dia' memberikan ganjaran yang setimpal di atas setiap perbuatan yang mereka lakukan dan sebagai hambaNya yang tak berdaya kita serahkan diri memohon doa semoga 'mereka-mereka' ditunjukkan jalan yang benar, jalan yang diredhai...

Yang Lebih Baik

SATU impian lebih baik dari seribu mimpi.
SATU kesedaran lebih baik dari seribu impian.
SATU tindakan lebih baik dari seribu kesedaran.
SATU matlamat lebih baik dari seribu tindakan.
SATU keikhlasan lebih baik dari seribu matlamat.



posted by: ajurina9 (reply)
post date: 09.11.06 (6:54 pm)

ilmiahnya nok entry kau.. insap mak..



posted by: (reply)
post date: 09.12.06 (10:54 pm)

Tetapi saya sudah mengidap penyakit cemas --- gile direct translation..ahaha ok fani sgt statement tu... anxiety disorder ke? wakhwkahwkahwkahkwha

Your Name:


Your Comment: