* * * * *

* * * * *

Tiada tajuk postingan sbb tatau postingan ini berkisar ttg apa.Smlm takley nak tido yg lena sgt lantaran kedengaran bunyi bunyian bising di rumah.Hosmet bergelak tawa gembira mengganggu tiduran saya.Baru nak lelap dgn enak,kedengaran pulak mereka berbual dan bergelak tawa lagi.Rasa mahu je keluar dari bilek dan menyuruh mereka diam tapi malas.Nnt dikata mementingkan diri sendiri.Purak2 tido walaupun bingit sgt.Emo juga dibuatnya.

Internasi di rumah masih blom dibaik pulih.Lantaran itu juga giliran saya tak pernah smp.Bayar sama rata tapi kena tuka2 cable.Penat dah nak tunggu modem ngan router tu dtg sendiri ke rumah.Ntah bila mahu dijemput.Saya malas mengambil tahu kerna saya sudah menolong seberapa patut (saya rase la.) Baik berkurung saja di dalam bilek.Nak masak malas.Nak tgk tv malas.Nak bergurau senda juga malas.Baik berkurung dlm bilek dan bersenam yoga.Sekurang kurangnya lapang juga dada dan tak semak pemikiran.

Sudah hampir seminggu si Kembang mati.Dan sudah lebih seminggu si Belang tak pulang ke rumah.Saya sgt sedih dgn kedua dua kejadian tersebut.Rasa bersalah terhadap kak Azu kerna kucing kesayangannya mati dirumah saya.Mungkin saya tak pandai menjaga kucing itu tapi saya dah buat ape yg patut utk kucing itu.Mungkin bermanja bersama dgn kak Azu tak sama bermanja dgn saya.2 hari si Kembang tak lalu makan dan kemurungan.Tak ape lah.Mungkin ditakdirkan Kembang tidak dipelihara oleh saya.Kak Azu juga ingin memberi kucing lain sebagai ganti kpd Kembang tapi saya tak mahu.Nnt lah.Tunggu selepas kawen dgn Abob atau bila saya tinggal berseorangan.

Smlm mlm 15 rejab.Bulan penuh.Saya teringat pesan Anjang.'Adik bile bulan penuh elok utk kite berdoa.Pandang kat bulan mcm kite ckp dgn bulan dan kite berdoa.Insyaallah doa akan termakbul' Lalu sambil memandang ke langit saya menadah tgn dan berdoa kepada Tuhan.Diampunkan dosa2 saya,diampunkan dosa2 kedua ibu bapa saya,diampunkan dosa2 adik beradik saya.Dikurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Dipermudahkan segala urusan.Diberkati segala usaha dan pekerjaan.Dieratkan hubungan adik beradik.Semoga ibu cepat sembuh.Semoga kehidupan keluarga saya dilimpahi rahmat dan kebahagiaan.Semoga hubungan saya dan Abob semakin rapat,diberkati dan berlangsung ke jinjang pelamin.Amin.Lama saya merenung bulan.Mengenang kehidupan saya selama 24 tahun ini.Adakah saya sudah bersyukur dan puas dgn kehidupan saya sekarang?Sudah cukupkah saya membalas jasa ibu dan ayah saya?Cukupkah sudah saya menebus dosa2 saya yg lalu?Melihatkan bulan dan awan yg bergerak itu,saya rasakan diri amat kerdil di muka bumi ini.Betapa manusia itu mudah lupa yg semua ini sekadar pinjaman dariNya.Dia tidak meminta lebih.Sekadar mengingatiNya dgn bersolat, berzikir dan bertasbih.Namun saya juga kengkadang lupa akan semua itu.Semoga Dia bisa memaafkan saya dan umat manusia yg lain.

Wiken ini bakal berlangsung konvokasi Abob.Maka saya akan bz sepanjang hari.Ahad itu seperti mahu keluar berjimba dgn kekasih meraikan kejayaan nya.Rakan saya juga sudah seminggu kepulangan ke Malaysia dari Jepun.Membawa buah tgn kepada saya.Ingin tahu?Nnt yah.Tak seprais la kalau saya bagitau skarang.

Agak2 2 jam lagi tamat opis hour.Hm.Berfikir sejenak apakah aktiviti yg akan dilakukan pd mlm ini.Apakah yg akan disediakan utk dinner?Dr smlm teringin sandwich tuna bersama cheese.Hm.Bole lah tu.Makan sandwich sambil menonton movie.Movie ape?Nnt balik belek buku2 CD yg berlambak di bilek itu.Harap mlm ini dpt tido setenang mungkin. 

0 Comments

Your Name:


Your Comment: