Kejadian boling dan brownies

Kejadian boling dan brownies

Smlm 21 June 2006 adalah hari berboling dgn rakan2 opis.Majikan saya membelanja saya dan rakan bermain boling di Alamanda.Oh oh best.Bukan itu saja.Kami juga mendapat makanan percuma berupa 2 ketul ayam KFC berserta Coleslaw dan Whipped Potato juga Pepsi.Murah rezeki majikan saya ini.

Saya telah diundi utk menyertai Team D.Ahli2 lain adalah Neth,Badd,Nick dan Eyla.Masing2 dgn pelbagai gelagat dan aksi.

Neth - forever dgn aksi beliau yg melentik.Paling menarik apabila beliau mendapat strike.Melompat ala2 pom-pom gurl.

Badd - Lambat smp.Hanya beraksi pd second round.Balingan pertama terlalu ke kiri memaksa bola itu utk masuk ke longkang.Balingan kedua juga sama.Tapi kami maafkan beliau kerna paham beliau tak pernah bermain boling sblm ini.Aksi2 seterusnya agak memuaskan.Beliau hanya suka bersorak dr membuat balingan.

Nick - Fizikal nya 2 kali ganda dr saya.Tak sampai hati utk mentertawakan beliau apabila beliau terjatuh semasa membuat balingan pertama.Beliau tak tahu yg semasa membuat balingan tak bole melebihi line itu.Tapi tak mengapa.Beliau berusaha bersungguh sungguh dan hasilnya byk strike dilakukan oleh beliau.

Eyla - Tak kurang hebat jugak minah ni.Byk strike jugak.Antara penyumbang utama mata bagi kumpulan saya.Dan Badd sempat berbisik kpd saya "Gaya die ayu giler..lagi lembut dr Neth."Mesti la ..kan die wanita melayu terakhir

Saya - Err...Tak tahu nak komen.Prestasi kurang membanggakan.Pd set pertama jauh ketinggalan dr rakan2 lain.Almaklum la membuat sapuan longkang yg bersih.Sesekali tersesat jugak strike."awak aim tgh..slow pun takpe" itu nasihat Eyla.Yg penting, BALING JE!

So keputusan nyer,team kiteorg dpt SECOND BEST.Hadiah?Takde.Haha.Tapi yg pastinyer sgt FUN.

Photobucket - Video and Image Hosting

Lepas makan di KFC,berangkat pulang.Singgah di ELIANTO sbb Teh nak beli alat2 mekap.Die je yg soping menggunakan kad gores dan menang.Aku?Tunggu bajet bulan depan.Nak beli blusher.Muehehhe..

Sesmp di rumah,lepak2 jap.Kendian terus membuat brownies.

Jaa - Bertungkus lumus mengacau gula dan telur sehingga kembang.Sekejap di meja makan,sekejap di sofa,sekejap di dapur,sekejap di lantai.Haha..Berpeluh peluh beliau mengacau.Smpkan lengan beliau menampakkan muscle.Tapi sebelah jer.Haha..

Adik - Bertungkus lumus menjadi jurukamera tak bertauliah.Gambar utk dijadikan bahan bukti bahwe akak2 ni memasak dan gambar tu bole la dihantar kepada mana2 bakal ibu mertua yg sedang mencari menantu.Haha..Bukan sekadar mengambil gambar,saya mengarahkan beliau menumbuk kacang walnut dan memasukkan adunan ke dalam loyang pembakar.

Saya - Tenaga kerja paling penting.Muahaha...Menyediakan bahan2 seperti tepung,coklat,mentega,ese n vanilla dan menyapu mentega pada loyang pembakar.Saya juga bertindak sebagai penjaga masa menunggu kek itu masak.

Dan hasilnyer...brownies yg sgt enak dan sedap.Ditambah pula dgn aiskrim sundae coklat dr walls.Oh nikmat nyer.Memasing diam menikmati hidangan masing2.Jaa yg mulenyer nak diet melupekan sebentar hasrat beliau.Adik mmg kene makan byk kasik besar.Saya juga melanggar pantang diet.Sepatutnya selepas jam 10 dah takley makan.Tapi brownies nyer pasal aku makan jua.Mmg tak rugi.Oh sedapnyer..................................

Photobucket - Video and Image Hosting



posted by: ajurina9 (reply)
post date: 06.22.06 (3:49 pm)

oh aku tak sempat nak buat review beb.. nanti tunggu dah basi..



posted by: Janis Erickson (reply)
post date: 01.08.09 (2:21 pm)

hi
14ft6wpk0infkz5r
good luck



posted by: Taylor Watkins (reply)
post date: 01.10.09 (3:14 am)

hi
14ft6wpk0infkz5r
good luck

Your Name:


Your Comment: