Harian Metro, Selasa 17 May 2006

Harian Metro, Selasa 17 May 2006

Henpon vibrating

Aku : Halu

Anjang : Halo dik.Cepat2 bukak Harian Metro.Skolah kau masuk paper ni.Hihihiih

Aku : Haa?Apsal aa?

Anjang : Pak gad hang ingatkan nampak bewak kat tasik hampa tu.Tapi tgk2 anak boya.Seb baik laa hang dah kluaq skolah tu, kalo tak hang la paling sedap dia nak makan.Hihihi

Aku : HAHA! Hang biaq betoi.Skolah aku plak tu.Sat2 aku bukak.

Anjang : Btoi la.Hang pi baca.Dah2.Siang ni.Mahai.Bye Mat.

Huh.Btol rupenyer.Diingatkan bahwe skolah saye bukanlah penternak boya yer.Ntah mane dtg nyer aku pun tak tau.Tapi seriyes lawak.Dan tasik tu mmg takde boya pun.Kalo tak dah lame aku ngan kengkawan aku kene makan.Byk aktiviti buat kat tasik tu.Dem.Rindu nak berkayak kat tasik tu.Huhu.

P/s: SMS from anjang : Hampa kena tukaq nama skolah hampa jadi Skolah Menengah Sains Sultan Mohamad Boya.He..he..

Dem.Over tau anjang ni 


Edisi Utara : Buaya disangka biawak

SUNGAI PETANI: Tiga pengawal keselamatan yang meronda dalam kawasan Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SMSSMJ) di sini, malam Sabtu lalu terkejut apabila mendapati haiwan yang disangka biawak sebenarnya seekor anak buaya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, pengawal keselamatan terbabit sedang melakukan rondaan rutin di sekitar kawasan sekolah apabila terserempak reptilia itu.

Sumber memberitahu Harian Metro, mereka meronda sekitar kolam semula jadi dalam kawasan SMSSMJ dan terlihat sesuatu yang pelik di tebing kolam tanpa bergerak.

“Pada mulanya haiwan itu disangka seekor biawak yang sering dilihat mencari ikan pada waktu malam di kolam itu yang panjangnya lebih 200 meter.

“Bagaimanapun, apabila didekati, haiwan berkenaan tidak sedikit pun bergerak lalu seorang daripada pengawal keselamatan itu menyuluh ke arahnya dan terkejut apabila mendapati ia seekor anak buaya,” katanya.

Sumber itu berkata, seorang daripada pengawal keselamatan itu kemudian menyerkup anak buaya itu dengan kemeja-T yang dipakai sebelum mengikat mulut buaya itu dan dimasukkan ke dalam sangkar.

Katanya, anak buaya seberat lebih tujuh kilogram dan panjang kira-kira satu meter itu kemudian ditempatkan di dalam kolam khas untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Difahamkan, spesies anak buaya itu adalah daripada jenis buaya tembaga yang boleh hidup berpuluh tahun.

Pengetua SMSSMJ, Rusdin Husin, berkata pihak pengurusan sekolah percaya anak buaya itu bukannya penghuni asal kolam berkenaan.

Ini kerana, katanya, sejak kolam itu wujud pada 1972, belum pernah sesiapa mendakwa terserempak buaya.

“Kita percaya binatang itu dibuang pihak tidak bertanggungjawab ke dalam kolam SMSSMJ berikutan banyak kediaman termasuk bangunan kedai pelbagai jenis perniagaan beroperasi berdekatan kolam itu.

“Sempadan sekolah hanya dipisahkan dengan tembok yang memungkinkan mereka mengambil jalan mudah membuang anak buaya di situ (kolam),” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Rusdin bagaimanapun berkata, ibu bapa pelajar tidak perlu bimbang kerana pihaknya sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memantau persekitaran kolam itu 24 jam sehari.

Malah, katanya, buat masa ini semua aktiviti kokurikulum membabitkan penggunaan kolam itu dihentikan serta-merta sehingga disahkan selamat pihak berkaitan.

Anak buaya itu sudah diserahkan kepada Perhilitan Kedah kira-kira jam 11 pagi semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Kedah, Rahim Ahmad, ketika dihubungi, mengesahkan reptilia itu dari spesies buaya tembaga.

“Kita sedang menyiasat bagaimana buaya itu boleh berada dalam kolam berkenaan.

“Siasatan akan dilakukan dari pelbagai sudut termasuk aliran kolam itu dan sama ada ia masuk ketika kejadian banjir dan sebagainya,” katanya.

Rahim berkata, buaya itu akan dihantar ke Zoo Melaka untuk tindakan lanjut.

Lain2 berita

0 Comments

Your Name:


Your Comment: