B in action
Tahukah anda?

Jika anda berada dalam keadaan keliru, elakkan warna hijau kerana ia boleh mempengaruhi fikiran anda sehingga sehingga sukar membuat pilihan atau keputusan.
Ops.Sbb tu la aku tak suke kaler hijau.Hiks~~~
I miss...
Dinner
Ops
Ops anak sapaaaa la yg sedang merenung masa depan ini?Hm.Hensem juga.Ops.....................
busan.malas.ngantuk
Entry diatas berkisar ttg kehidupan kami di opis dlm seminggu 2 ni kot memandangkan dah takde job yg masuk.So dtg opis sekadar memenuhkan meja dan merepek meraban dgn rakan2 di opis.Wehehehe.
Wiken lepas bbrp kejadian berlaku.Hari jumaat,mendapat cuti stengah hari.Kemudian mendapat panggilan dr kakak memancing saya supaya pulang ke Taiping."Adik..minggu ni sume adik beradik kite balik.Kalau kau tak balik,kau sorang je la takde.Kau tak nak balik ke memeriahkan suasana rumah ni.Balik la,dik" Eh alamak aku ade plan nak gi dating ngan boifren aku la.But,family first.Family is my priority.Walaupun takde bajet.Seb baik la ade abg keje Putrajaya,so bole tompang die balik mlm tu.So berangkatlah aku kepulangan ke Taiping.
Hari Sabtu.Awal2 pagi dah ikut Anjang,Yong ngan Yeop gi brekfes kat kedai nasik lemak Matton.Pergh layan.....Tapau utk org2 lain dirumah.Ke pasar membeli brg utk dimasak tgh hari.Menjelang ptg,ke pasar mlm bersama Yong,Yeop dan Acik.Smp di traffik light,berenti.Tetibe,GEDEGANG!! Kete kami kene langgar ngan org blakang.Aku terhantuk ke belakang sbb kuat gak la hentaman tu.Seb baik Yeop sempat brek tapi tetap ciom kete depan sket.Mamat cine depan ni dah kuar muke hangin nak marah kiteorg."Itu org belakang langgar kite la.Bukan kite langgar u" Yeop explain kat mamat tu.Akak yg langgar kiteorg tu cuak giler dah.Terus die call laki die suh dtg,setel ngan kiteorg.Yeop siap amek gambar sbg bukti.Lepas laki akak tu dtg,die explain kat laki die "Tadi mencari si anak dlm kete.Panggil tak menyahut.Pandang belakang nak cari die.Tau2 dah langgar org depan" Oh2.Begitu sekali kecuaian akak ni.Pale saye sakit tau akak sbb akak langgar kete kami (tu ckp dlm hati je) So Yeop ngan Acik gi balai polis report segala,ak ngan Yong gi cari makan.Aku cam biase nak makan nasik kerabu makcik gemuk tu.Hik.Mlm tu lepas isyak kami buat tahlil utk arwah mak.
Hari Ahad.Kepulangan semula ke KL bersama Yeop dan abg Nan.Membawa bersama set periuk yg dibeli oleh arwah mak dulu.Dijemput oleh Abob di rumah Yeop utk pulang ke Cyberjaya.
Isnin ke opis utk makan gaji buta.Ops tidak.Menunaikan tanggungjawap sbb spec pac tak siap lagi.Ntah ape lagi la org German ni.Susah dimengerti.Balik tepat kul 6.30.
Selasa membawa sarapan lempeng atau pancake.Seb baik bukan lempeng yg hangus.Enak sekali dimakan bersama peanut butter.Yummy!
10 Perkara Untuk Berasa Hebat
#1 Ibadah
Jadikan setiap kerja di rumah dan di pejabat adalah ibadah
#2 Perfect!
Akui bahawa dunia ini tidak ada yang sempurna
#3 Rumah anda
Jadikan rumah sebagai pelabuhan, tempat berhenti seketika sebelum menyambung tugas.
Jangan jadikan rumah sebagai tempat persembunyian atau tempat hiburan
#4 Terbaik
Jangan terlalu mengharap pada diri sendiri.
Apa yang penting adalah lakukan yang terbaik bagi segala perkara
#5 Soal diri sendiri
Letakkan diri anda sebagai ahli keluarga dan rakan sepejabat.
Soal diri sendiri, bagaimana rasanya jika tidak dapat bersama selalu.
Soal diri sendiri, bagaimana rasanya bila tanggungjawab di pejabat tidak dapat dipenuhi sepenuhnya
#6 Masa anda
Sedarlah bahawa anda tidak boleh berada di dua tempat pada waktu yang sama.
Begitu juga dengan tugas, anda tidak boleh melakukan dua tugas dalam satu masa.
Jadi tentukan masa di rumah dan masa di pejabat
#7 Lawak
Rehatkan minda dengan mendengar lawak jenaka
#8 Kepercayaan
Beri kepercayaan kepada orang di rumah dan di pejabat agar anda rileks sedikit
#9 Sihat
Jaga kesihatan.
Badan yang sihat dan otak yang cerdas dapat menyempurnakan lagi tugas-tugas yang diberikan
#10 Teguran
Sedia menerima teguran dan berani berubah
cuti
10 Ways To Lose Friends and Alienate People
How to lose friends and alienate people.
1. Criticize. Identify every area of need in the work and person of the other person. Point out the mistakes others make in a public and open manner.
2. Condemn. Assign blame to someone (anyone) any time things do not go exactly as planned.
3. Complain. Complain about the weather, the room color, the carpet, the airconditioning and the general state of affairs.
4. Be unappreciative. Never say thank you or acknowledge anyone for anything of quality they have contributed.
5. Be insincere. The only way to alienate more people than be unappreciative is to be insincere or sarcastic in your expression of appreciation.
6. Be aloof and uninterested. Focus only on your own interests and maintain an air of superiority around everyone you encounter.
7. Frown. Never, ever smile.
8. Never use the other persons name when you speak with them. Always refer to the other person without using their name, or mispronounce their name frequently. If they correct you, respond with, "Yeah, okay... whatever."
9. Use the time when the other person is speaking to plan your next remark. Completely ignore what they are saying to plan your own next sarcastic or clever comment.
10. Never admit your errors. Under no circumstances should you ever consider the possibility that you could be wrong. Even when you are presented with inescapable evidence that you are not correct, maintain your position by attacking the other individual on a personal level.
How to Ruin Your Career In Five Easy Steps
1. Be oblivious to expectations. Most operations don’t want a yes man. But, if you don’t understand the organization in which you work, you’re writing your ticket out the door.
2. Make it all about the money. Be a clock watcher and you’ll be sure to destroy any chance of advancement.
3. Pass the scuttle butt. Engage in endless chitchat and gossip. The boss will definitely notice all your time off task.
4. Blow off deadlines. You are part of a larger operation. When you drop the ball the whole team loses yardage.
5. Vacation on the job. Privacy at work is a myth. Engage in long personal calls. Spend lots of time in chat rooms. Work on your blog at the office. Any of these should get you on the short-timers list and quick.
You got the job because the boss thought you could contribute. Translation, you potentially have a mutually profitable future. Be passionate about your job and take pride in doing it well.
Ops...
Sila abaikan entry yg sblom ni yer.Mase tu tgh emo tunggu org German tak anta2 segala info yg sepatutnyer.Dekat 4 jam jugak aku tunggu sambil membuat kerje yg berfaedah la kan?.Hik.At the end,aku terpaksa join sekali conference call dr German tu dan pulang pd pukul 7.30 mlm.Seb baik tak kene stay back tapi aku dpt membayangkan betapa byk nye keje aku pd keesokan harinyer.
Then selepas dpt segala info,siapla sudah kerjaan itu.Ingatkan bole la kepulangan sudah bile jam dah pukul 6.30 ptg kan.Pastu makcik Celia dtg kat aku,"I think u have to stay a little bit late today as Mark gonna get some respond from Dresden.Me and Richard gonna send u home" Aiyoh.Kene tunggu la pulak.
Ingatkan pukul 8 tu bole la balik dah,alih2 org sana tak puas2 hati lagi.Haih la pakcik tua ni.Tak larat plis.Aku kuar opis pukul 9.39 mlm.Hadoih.Letih badan aku.Ngan perut lapa nyer.Dah la makcik Celia ngan pakcik Richard tak blanjer dinner (org dah bagi tumpang balik pun tak syukur.haha) aku balik rumah makan maggi jer.Malas nak masak sbb penat sgt dah.Tapi besok si Mark janji nak blanjer lunch dan mendapat satu hari cuti percuma pd hari Jumaat.Hik
Arini dtg opis dgn penuh keletihan.Ingatkan takde keje so bole la lepak lalalalaa di opis.Rupenyer ade jugak amendment ads ni nak kene buat.Seb baik sikit.Menjelang tgh hari mate aku dah start ngantuk.Haih kan best dok umah.Bole tido sambil membuli anak.Eh cemane aku nak buli die bile aku tido kan.Haha.Mentally disturbed.Bile 12.30 je aku terus lepak kat tmpt Jujus takut Mark carik aku.Wahaha.Takut plis nak kuar makan ngan boss ni.Walaupun mesti die bawak awek die sekali tapi aku takut aku diam membisu tak ckp walau sepatah tapi makan byk.Motif?
Arini tetibe teringat kat boifren (mcm ari2 tak ingat jer.hik).Rindu plak kat die.Hik.Rase cam balik kang nak gi ERL gi Bdr Tasik Selatan pastu naik STAR pegi Bukit Jalil.Gigih tak?Sayang nyer pasal kan...............
Benci
2 minggu sudah berlalu
4 November 2006
Jam menunjukkan hampir jam 1 pagi.Sekejap lagi cukup seminggu arwah mak kembali ke rahmatullah.Ya Allah, begitu sekejap rasanya Kau meminjamkan bondaku kepada abah dan adik beradik yg lain.Namun kami redha dan pasrah atas kehendakMu Ya Allah.
Sabtu, 4 November 2006, 12 Syawal 1427, 1.10 pagi, arwah mak menghembuskan nafas yg terakhir di rumah Yong di Bandar Sri Damasara.Mak meninggal disebabkan kanser usus yg kritikal yg dikesan sejak 3 bulan yg lalu.Pelbagai usaha dan ikhtiar yg kami lakukan namun Dia lebih sayangkan mak dr kami semua.
Pada mulanya mak mengidap santau angin dan berlarutan menjadi kanser.Kuasa Tuhan tiada siapa yg boleh halang.Mula dgn batuk yg berlarutan sejak Disember tahun lepas,ia berlarutan bila mak takde selera makan.Badan mak menjadi susut.Bulan Mac mak dimasukkan ke hospital swasta di Taiping dan dimasukkan 3 pain darah.Dr pun hairan ke mane hilangnya darah mak.So dr buat keputusan nak buat x-ray dan pelbagai test lagi.Masuk camera ikut tekak dan punggung tapi hasilnya hampa.Mak disahkan sihat Cuma darah hilang.Aneh bukan?
Ntah berapa ramai doctor,pawang,bomoh,ustaz dah kami berubat.Sejauh mane pun kami gagahi pergi dan duit pun dah berhabis byk.Namun usaha kami menemui jalan buntu.Mak bertambah kurus.Badan yg dulu berisi kini tinggal tulang.Pipi yg dulu chubby kini tak berseri seperti dulu.
14 Ogos 2006, mak diserang minor stroke.Mak tak bole bercakap dan perut mak semakin membesar seperti mengandung 7 bulan. Kami adik beradik pakat balik dan aku bergilir ngan Anjang jaga mak kat hospital.Bile tanyer dr,derang kate hati mak bengkak.dan ada minor clot kat brain.Derang buat blood test,x-ray,scan itu ini,bagi ubat mcm2 tapi takde perubahan.Seminggu mak kat hospital, mak balik rumah.2 minggu lepas tu,ade appointment ngan dr,mak admitted lagi sekali.Kali ni buat CT scan.Aku ingat lagi,mase tu birthday mak.Mlm sblm tu,aku ngan Anjang celebrate birthday mak.Walaupun kami berdua sekali ngan abah,mak nampak happy.Mak gagah jugak makan sepotong kek yg kami beli utk celebrate birthday mak.Dan itulah last birthday buat mak.Then siang nyer,aku balik KL.Aku ngan abah hanta mak ke hospital utk CT scan.Then abah kene hanta aku ke bus stand.Mase aku salam ngan mak,mak senyum je.Aku ucap selamat hari lahir buat mak.Lagi lebar sengih die.Smp hari ni aku masih ingat senyuman tu.Mak ckp mak nak ikut aku gi KL.Aku ckp, ‘Nnt mak yer.Kite tunggu mak sehat dulu.Bile mak dah kuat,kite jln2 kat KL ngan Bedah.Mak nak pegi memane pun kami bawak’.Mak angguk jer.Mak masih tersenyum walaupun aku tahu mak menahan sakit.Aku balik dgn deraian airmata.Tak sanggup berpisah lama dgn mak.
Then through CT scan result,mmg sah hati mak bengkak.Then we have to wait for another appointment.Tgh bulan 9,mak admitted lagi.Kali ni dlm waiting list utk operation after buat biopsy dan mmg sah ade kanser.But lame sgt la hospital kerajaan ni pun.Nak buat test itu test ini nak check itu check ini.Makan masa.Mak dah tak tahan sakit.Terus die nak pegi Hospital Pantai Puteri,Ipoh.Byk specialist kat situ.Then bile kat sana,sume nyer mmg pantas.Tapi kami menerima perkhabaran buruk dr Dr.Menurut Dr,kanser ni dah lama merebak dlm badan.Kalau nak diikutkan pd CT scan tu,dah setahun mende tu merebak dlm usus dan dah merebak smp ke hati dan paru2.Kalau operation,chances nak berjaya hanyalah 10%.Lagipun mak tak cukup berat utk menjalani operation.So as solution,dr kate, u all bagilah kasih sayang sepenuhnya kpd mak u all.Dia tak punya masa yg lama.Paling lama pun sebulan.Kami menerima berita tu dgn hati yg cukup berat dan pasrah.Walaupun kami tak bagitau kat mak,tapi kami tahu mak tahu.Dan 3 hari kat hospital tu,mak nak balik.So kami stay kat rumah Angah.Sepanjang bulan puasa,mak stay kat umah Angah kat Ipoh.Anjang berulang dr Ipoh ke Bgn Serai.Andak pun berulang dr Tanjung Malim ke Ipoh.Di samping tu jugak,kami berikhtiar secara tradisional.Namun hasilnya masih hampa sbb ‘benda’ tu bermati matian tak mahu keluar dr badan mak.
27 Ramadhan 1427, Jumaat.Tahun ni kami mengambil keputusan utk beraya di Tanjung Malim,rumah Andak memandangkan Angah akan beraya kat rumah mertua die kat Gerik.So Jumaat tu, Anjang,mak dan abah bertolak ke rumah Andak.Mase tu,mak mmg lemah.Dah tak larat nak berjalan.Kene naik kerusi roda.Nak ke toilet pun kene ade org bawak.Badan mak kurus sgt.
Hari Sabtu,aku ngan Alang smp dr Kajang.Seronok tak kira dpt jumpe mak.Mak hanya baring kat sofa kat ruang tamu.Sesekali die dok kat bilek.Kami gilir2 jaga mak.Nak ke toilet ke,nak minum ker.Persiapan raya pun ala kadar je.Takde mood sgt pun nak sambut raya.Tapi aku,Anjang,Andak tetap jalankan kewajipan kami menyediakan ape2 patut.
Bile pagi raya,aku siapkan mak.Mandikan dia,pakaikan dia ngan baju baru,baju yg kawan mak beli dr Shanghai.Mak nangis terima duit raya dr kami.Kami bergambar beramai ramai.Pastu mak dah tak larat.Die baring je kat sofa.
Second day raya,Yong balik dr KL.Mertua Yong dtg sekali nak melawat mak.Mase derang smp,mak,Anjang,Acik ngan Andak takde.Mak nak henfon baru.Tak kisah la mahal ke murah.Janji baru.Sementara tu,aku ngan Yong sembang ngan Ibu (mertua Yong).Mcm2 die pesan.Die kate,bagilah kegembiraan kpd ibu bapa kita sementara mereka masih ada di dunia ini.Jgn nnt kite menyesal sbb tak dpt nak tunaikan permintaan mereka dan tak membuat mereka gembira.Ape yg mereka inginkan,seboleh bolehnyer tunaikan.Mana tahu,hajat mereka tak smp.Terkilan nnt.
Third day raya.Sume dah berkumpul.Seronok sgt.Buat BBQ.Sblm tu,semayang Maghrib berjemaah,baca Yassin,buat solat hajat dan semayang Isyak berjemaah.Kami doakan agar mak akan sehat seperti sedia kala.Then sessi bersalam salaman utk kali kedua.Then bergambar beramai ramai lagi.Bergambar buat kali terakhir bersama arwah mak.
Fourth day raya, Jumaat.Yong dah nak balik KL.Mak nak ikut Yong balik.So berangkatlah mereka ke KL.Kami menyusul keesokan harinya, Sabtu.Aku singgah umah Yong kejap sblm Abob jemput aku and balik Cyber.Alang stay umah Yong kot2 terberanak.So sepanjang minggu terakhir mak,Yong,Alang ngan abah yg jaga mak.
Hari2 terakhir mak.Mak meminta utk dipakaikan tudung.Yong pakaikan mak tudung.Siap berkeronsang cantik.Mak nak mengait.’Aku takde beg duit benang bulu kambing.Beli benang kaler kuning tau’ Kaler feveret mak.Yong keluar pegi cari dan bagi mak jarum kait dan benang kaler kuning feveret mak.’Mcm mana nak kait.Tgn mak terketar ketar ni’.Alang buatkan utk mak.Dah siap,die pegang,letak kat dada.Senyum.Then die nak Slurpee.Abah gi beli kat 7E,jln kaki.’Mak nak pakai baju yg Angah belikan kat mak mase raya haritu’.Yong pakaikan kat mak.Sepanjang hari dia pakai baju tu.’Mak rasa nak pakai gelang kristal lah’. Yong ngan Alang pi cari kat AVON.Tapi besar.Mak tetap pakai.Rabu, aku balik ke rumah Yong ngan Andak.Tgk gelang kristal tu besar sgt,aku pakaikan gelang kristal aku yg Abob belikan utk aku.Then pagi mase aku gi keje,aku salam mak,cium mak.‘Mak,atun gi keje dulu.Nnt ari jumaat Atun balik lg.Mak makan tau.Kasi cepat sehat.Nnt kite bole pi jln.Mak kan nak pi langkawi.Nnt jumaat Atun balik Atun pulak jaga mak.Sementara ni Yong ngan Alang jaga mak.Mak jaga diri mak yer’.Ari Jumaat,Anjang smp dr Taiping pukul 5 ptg.Anjang bawak bunge orkid mak yg berbunge cantik sgt.5 pasu Anjang bawak.Anjang susun tepi katil mak kasi mak tgk.Mak nangis tgk bunge2 die kembang cantik.Yong amek bunge tu bagi mak.Mak pelok letak kat dada sambil nangis.’Biarlah orkid2 ni kat sini.Mak nak tgk puas2’
Aku smp dr opis ke rumah Yong pukul 9.Aku masuk rumah,abah ngan anjang tido kat ruang tamu.Yong tgh lipat kain.Alang dok layan Mirul.Aku tgk mak tgh tido.So aku borak2 ngan Yong.Mase tu mak bernafas kuat.Mcm bunyi org kesedihan dan kesakitan.Aku tgk perut mak berombak yg kuat sgt.Dlm pukul 10,Yeop balik.Yeop yg memule perasan mak lain mcm.Mlm sblm tu,ade ustaz dtg berubat mak.Abob pun ade mase tu.Ustaz tu ckp mmg ade ‘bende’ dlm badan mak.Dlm setiap sendi ada makhluk tu.Ustaz tu pesan suruh lap badan mak dgn air penawar yg die bagi.Then aku lap badan mak,muke mak ngan air tu.Tapi mak tak bukak mata.Aku panggil mak.Mak menyahut tapi tak bukak mata.Nafas mak makin kuat.Terus kejut abah ngan Anjang.Yeop call adik beradik yg lain.Aku duduk seblah mak.Dlm fikiran aku,mak takkan pergi lagi.Mak penat je ni.Akak2 ngan abah bace Yassin.Akak2 bergilir2 ajar mak syahadah dan lailahaillah.Aku pun baca Yassin.Tetibe aku rase lapa yg amat.Yong suruh pi makan sementara abah dok seblah mak ajarkan syahadah.Then Andak smp.Yong ckp kat Andak.’Bagitau mak hang dah smp.Mane tahu die tunggu hang’.Then dlm pukul 1,nafas mak makin perlahan.Aku mase tu suapan penghabisan.’Adik cepat.Nafas mak makin slow’.Alang ckp kat aku.Terus aku campak nasik tu dlm pinggan basuh tgn capai Yassin bace kat seblah mak.Sume dah mengadap mak sambil bace Yassin.Yong di seblah kiri mak,abah di seblah kanan mak.Perlahan.Makin perlahan.Yong bgn capai Yassin,aku sambung bace lailahaillah kat telinga mak sambil pegang tgn mak.Perlahan nafas dihembus.Itulah nafas terakhir mak.Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.Aku pegang tgn mak,aku tenung muke mak.Aku tgk abah tenang tgk mak pergi.Kami bersyukur mak pergi dgn tenang tanpa sebarang kesakitan di wajah mak.Aku terus call Abob.Bile aku bagitau kat Abob,baru airmata aku mengalir.Terasa sekejap sgt aku jumpe mak.Then kami uruskan jenazah.
Alhamdulillah pengurusan jenazah berjalan lancar.Kebetulan ada sedara di Setiawangsa sebagai imam masjid menguruskan semuanya.Dr memandikan jenazah,mengkafankan jenazah dan menyembahyangkan jenazah.Aku ngan Anjang balik dulu ke rumah Taiping utk berkemas.Sepanjang perjalanan kami senyap je.Anjang berzikir.Aku bace Yassin.On the way tu, Faredah call aku.Terus airmata aku bercurah curah.Then ramai yg SMS ucap takziah.
Sesmp kami kat rumah,dah ramai org dtg.Kami terus kemas,sediakan ape2 patut.Then makcik2 dr belah mak ngan abah smp.Masing2 sugul.Kali terakhir derang jumpe mak,mase bulan puasa.
Dlm pukul 2.30,jenazah smp dr KL.Mase tu hujan lebat sgt.Org ramai mengerumuni jenazah.Mak nmpk cantik.Tersenyum.Ramai sgt org dtg.Mak ngan abah mmg ramai kenalan.Dlm pukul 4,jenazah dibawa ke tanah perkuburan.Aku nak ikut ke kubur tapi hujan lebat sgt.Anjang tak bagi pergi.Melihat mak dibawa kedlm van jenazah,hati aku sayu sgt.Tiada sudah hilai tawa mak,tiada sudah leteran mak,tiada sudah masakan2 kegemaran aku,tak berseri laman jagaan mak,hilang tmpt mengadu segala masalah,hilang segala2 nya.Namun aku pasrah dan redha.Mak selamat bertemu dgn penciptanya.Hilang sudah seksa mak di dunia ini.Mase jenazah dikebumikan,hujan turun dgn lebat.Hujan berhenti masa talkin.Elok habis berdoa,hujan turun semula.Angah letak bunge orkid mak yg kembang dan cantik tu kat pusara mak.
Besoknyer, Kak Yah smp dr Johor. Kak Yah jage mak sepanjang bulan puasa hari tu.Kak Yah cite,tercapai hasrat mak nak meninggal kat rumah Yong.Cuma satu hasrat je tak tercapai.’Nak tgk adik bertunang’.Aku sentap dan sedih sgt.Namun Dia dah tentukan semua ini.Aku terima dgn redha.
Dlm kedukaan,terpancar sinar bahagia.Selepas 2 hari pemergian bonda ke rahmatullah,Alang selamat melahirkan baby girl.Nurul Farhana,cahaya kegembiraan.4.2 kg.Comel dan cantik sgt.Pipi montel giler.Yg pergi diganti dgn yg baru.Allah Maha Adil dan Penyayang.
Dikesempatan ni aku nak ucap terima kasih kepada rerakan…Abob,Jaa,M ilo,Teh,Jurina,Faredah,B, Yanie,Kak Jue,Kak Wanie,Abg Bad,Bombe dan sesape saje yg hanta SMS,yg call ucap takziah kat family aku.Terime kasih sgt.To B,terima kasih sbb buat majlis tahlil utk arwah mak kat Jepun sana.Aku terharu sgt.Hanya Allah dpt membalasnya.Semoga arwah mak tenang di sana.Mak,kami amat merindui mak.Hanya doa dan ayat2 suci dpt kami hadiahkan buat mak.Mak tenanglah bersemadi di sana.Kami sayang mak lebih dr segalanya.Mak kukuh terpahat di hati kami semua.Kami akan jaga abah dan pastikan ikatan kekeluargaan kita kukuh dan erat.Al-fatihah…&hellip ;..
Gembirakanlah hati org tuamu sementara hayat mereka masih ada.
Hasmah bt Puteh Aziz, 4 November 2006, 1.10 am, 62 tahun 2 bulan










