20 PERKARA JANGAN

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau² terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu berkat)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.
14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita
16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

1 Comments

Adakah anda tau?

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

28. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office... Pelik bukan!

3 Comments

Happy Hari Raya and Happy 6th Anniversary

Skang ni aku rase org lain masih lagi dlm mode raya.Hehe.Maklom la raya kan sebulan.Tapi bagi aku,raya tahun ni tak semeriah tahun2 lepas.Tahun lepas,mak paling sebok nak sediakan itu ini sebagai persiapan menyambut lebaran.Tapi tahun ni,kami anak2 mak yg masih bujang (aku ngan anjang je pun yg masih single but not available.hehe) yg sediakan segala.Tahun ni sambut kat Tanjung Malim,umah Andak.Kami 4 beradik je yg beraya ngan mak abah.3 beradik lain beraya kat umah mertua masing2.

Sehari sblm raya,abah dah beli bahan2 nak masak,ketupat yg dah siap anyam (tak sempat nak anyam,lg pun aku ni tak penah reti anyam ketupat.lalalallalaa) Menu wajib di hari raya,ketupat dimakan bersama gulai ikan keli.Pergh.Sedap.Pastu aku ngan Anjang buat 'fear factor raya',masak serunding.Haha.Selama hari ni mak yg masak rase sedap la.Kali ni aku ngan Anjang buat,sedap gak la.Cuma sape berani makan.Tu yg 'fear factor' tu.Hehe.Pastu kak Shikin masak rendang daging rusa.Sedap gak tu.Then Acik balik bawak 10 batang lemang dr Grik.So raya kali ni serba sederhana tapi meriah.

Pepagi raya org lain sebok nak gi masjid.Aku ngan Acik tak dpt pi.So lepas derang sume gi masjid,aku mandikan mak dan siapkan mak ngan baju kurung baru dia.Mak kurus sgt smp baju yg die pakai tu menggelebeh sbb besar.Aku pakaikan mak tudung,bawak die dok depan tv.Lepas Acik siap,die temankan mak dan aku pulak bersiap.Tahun ni kaler ijau.Alang belikan sbg upah tolong die menjahit baju.Then derang balik dr masjid,mase utk bersalam salam bermaaf maafan.

Mcm biase dimulekan dr yg paling tua bersalam ngan mak abah.Bile Andak hulur duit raya kat mak,mak ckp "mak tak bagi ape pun kat korang tahun ni".Kami sume diam menahan air mata.Aku pun bagi duit raya kat mak abah.Ye lah dah keje kan.Turn aku pulak membalas jasa derang.Kat anak2 sedara pun aku bagi.Yg mane posa penuh,aku bg xtra.

Hari raya dok kat umah jer.Bile tgh hari sket,bosan.Amek laptop on YM,chat ngan B.B plak bz ngan open housenyer.Dah ptg sket,bertambah bosan,masuk bilek,tido.Haha.Tambah plak ujan.Lagi best.

Bile dah raya ketiga,baru la sume adik beradik berkumpul.Mase ni mmg bising tak hengat.Laki Acik je takde.Mlm tu solat jemaah,baca Yassin,buat solat hajat.Berdoa agar kesihatan mak pulih seperti sedia kala.Then ber BBQ beramai ramai,agenda wajib bile berkumpul bersama.

Then ari Sabtu,sume pakat2 balik.Mak ngan abah ikut Yong balik KL.Ye lah.Takde sape nak jaga mak.Harapkan abah,die pun dah tak larat.At least Yong tak keje,so die bole tgkkan mak.Lagipun kesihatan mak tak berapa ok,mak pun dah tak berapa nak ingat mende2 sekeliling die.Pity her.I really2 hope Allah memberi keizinan utk mak sehat seperti sedia kala.

Di samping menyambut lebaran,anniversary aku ngan Abob jatuh pd 4 Syawal,ari Jumaat.Tahun ni merupakan tahun ke-6 kami bercouple.Hehe.Kejap je masa berlalu.Tak sangka bole bertahan selama ini.Harap2 ada rezeki utk kami bersatu tahun depan dan kekal buat selamanya.Insyaallah.

"Hati terguris di kala gembira,hati riang dikala sedih,sungguh pun bertahun sudah berlalu,hati tetap sukar utk dikenali.Sungguh manis rasanya cinta,tetap pahit dihempedu cinta,jika cinta masih dikenang,maka cinta itulah sayang.Cinta tak semestinya sayang,sayang tak semestinya cinta,kasih itulah ikhlas,barulah cinta kasih dan sayang.Terkenang kasih didlm hati,kasih belum tentu dihati,namun sayang sudah diberi,masih belum tentu mencukupi.Cinta sudah bertahun,sayang sudah bertahun,kasih sudah bertahun,namun rindu mekar setiap masa.I love u sayang,Mahyatun Akma..:* Dprd abg,Mohd Zul Ikram...>:D<"

Aku terharu bile bace sms dr Abob.Buat aku bertambah sayang dan kasih kpd dia.Dia lah sumber kekuatan aku dlm mengharung kehidupan di samping keluarga dan rakan2 yg lain.Tak tergambar dgn kata2 betapa aku mengasihi lelaki ini.Hik.

Hari ni bile aku log in ke Tblog,ade mende menarik minat aku.Blog ni dah mencecah 19000 visits sejak dilancarkan pd besday aku yg lepas.Hik.

Photobucket - Video and Image Hosting

1 Comments

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hari ni hari terakhir di opis sblm pulang ke kampung utk menyambut Aidilfitri.Aku akan bercuti selama seminggu maka blog ini bakal ditumbuhi semak dan lalang.Harap2 takde la binatang buas beranak pinak kat sini.Hehe.

Di sini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin kepada rakan2 dan pembaca2 blog ni.Maaf kalau ada terkasar bahasa,tersilap kata.Harap dapat dimaafkan.Kepada yg memandu utk pulang ke kampung,pandu berhati hati yer.Jgn ikut perasaan.Kepada yg naik bas,jgn terlepas bas plak.Cek tiket btol2.Semoga smp ke destinasi.

Kepada rakan2 yg berada di luar negara (ramai ke kawan kat oversea ni) selamat menyambut raya di perantauan.Jgn nangis yer.Hehe.B,I hope nnt kite leh raya sama2 kat sini.Masak secara berjemaah.

Kepada kengkawan lain juga,Azliyani,Jujus,Teh,M elal,Elma,Bombe,Baguk dan ramai lagi yg tak tertulis  di sini.Selamat hari raya.Balik kampung lek lok.Kim salam kat family korang.Maaf andai aku penah buat korang sakit ati,marah,emo dan yg sewaktu dengannyer.Maafkan aku yer.

Kepada kekasih hati,En Abob,tahun ni kite ade double celebration.Hari Raya and our 6th anniversary on 27th Oct.All I can say is I LOVE U SO MUCH.Thanx for everything.Maafkan segala salah dan silap aku yer.Aku sayang kau sangat.Harap2 hubungan kite akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.Insyaallah.

SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN... 

Photobucket - Video and Image Hosting

2 Comments

Berbuke puasa di Yankess Hut, Bangi

Smlm dlm kul 11, Maizan, member skolah aku sms.Ajak bukak posa kat Bangi dgn memember skolah yg lain.Aku terus contact Yanie dan sesape yg ade kat KL ni ajak berbuke sekali.Eh aku dok KL ker?Blasah.So Yanie dtg amek aku,lepas tu gi UKM amek Farid.Tak gitau kat Farid pun nak bukak posa ngan org lain.Kalo die tau sasah nak lari.Motif lari dr kengkawan?

Smp sane mase tu dah berbuke,ramai jugek la yg dah smp. Muna,Kaduk,Adut,Maizan,Fa rid,Kalut(smp lambat sket),aku,Yanie,Juliana,Z alina and Hidayah.Makanan kat sane sedap.Murah plak tu.Harus pasni buat gathering kat situ.Meriah sekali.First time bukak posa ramai2 camni,rase best plak.
 
Photobucket - Video and Image Hosting

6 Comments

Raya mode

Ok ari ni dah 24 Ramadhan 1427.Lagi 6 hari akan menjelang 1 Syawal 1427.Alhamdulillah,masih penuh posa aku.Harapnya tak akan pecah la.Hehe.Checklist utk raya:-

• Baju raya - blom siap
• Beskut raya - dah beli 4 balang
• Duit raya - dah tuka ngan Angah (angah keje bank.senang nak tuka duit)
• Kasut raya - ade kat kedai lagi
• Tudung raya - pun ade kat kedai lagi
• Zakat fitrah - blom baya..ngee
• Telekung raya - dah ade.Yong kasik
• Tiket bas - tak penah amek pun.selalu balik ngan akak jer.Huehuehue.

Aih byk lagi tu tak tersenarai sebenarnyer.Takpe la.Buat mende2 penting dulu.Rase2 mcm nak cari 1-2 resipi utk dimasak pd Hari Raya nnt.Mrasa masak utk family.Sasah kene kondem ngan adek badek lain.Maklom la derang ni jarang sgt tgk adik derang ni masak.Sekali masak,sedap juge (ayat tu sasah perasan sendiri) Ok.Tgh dlm persiapan membuat kad raya virtual.Nntkan ye!

6 Comments

Maha Karya Cinta

Begitu berat melangkah melihat kau bersamanya
Adakah aku yang salah atau hanya helah saja

Ku masih mencintai diri kamu
Yang kau menjauh ku rindu

Kau bagaikan udara yang membantu aku untuk terus hidup di atas dunia
Tanpa mu ku lemah pasti aku tak berdaya kerna kau maha karya cinta

Biarpun kau tidak mahu menerima kasih daku
Ku kan setia bersama mu sehingga ke akhir waktu
Ku masih menyayangi diri kamu
Biar kau berlalu ku rindu

Kau bagaikan udara yang membantu aku untuk terus hidup di atas dunia
Tanpa mu ku lemah pasti aku tak berdaya hanya engkau maha karya

Engkau takkan dapat aku lupakan kerna kau lah puncak cinta kita
Mengajar aku erti bahagia, kembalilah ku semula

Kau bagaikan udara yang membantu aku untuk terus hidup di atas dunia
Tanpa mu ku lemah pasti aku tak berdaya kerna engkau maha karya cinta

Terimalah pesan daku yang akan terus menunggu

1 Comments

Bosan

Ari ni dah 19 hari kite pose.Tak lame lagi nak raya.Sekejap je Ramadhan dah nak berlalu.Mungkinkah ada Ramadhan lagi tahun hadapan?Insyaallah ada andai diizinkan Allah.

Wiken ni balik Damansara.Mak bonda dan Anjang dtg KL.Tak saba nak jumpe mak.Nak jage mak.Nak sembang ngan mak.Nak tgk mak sehat semula.Insyaallah.Lame dah tak update pasal mak.Bukan tanak update tapi malas nak cerita.Sbb aku pun bukannyer paham sgt.Hehe.Cukup lah aku katakan keadaan mak hampir pulih.Walaupun blom 100%,tapi ade improvement dr hari ke hari.Harapnyer takde lagi lah sesape atau 'bende' yg akan mengganggu mak.Cukup lah penderitaan yg mak tanggung selama ni.Kami pun turut terseksa melihat mak terseksa.Doakan semoga mak akan baik2 saja selepas ini.

Bosan di tmpt kerja.Rindukan anak di rumah.Oh masih blom terupload gamba anak di sini.Hehe.Nntlah yer.Mcm bz sgt smp takde mase nak mengupload.Internasi di rumah juga agak hanj* sehingga menyukarkan kerja2 mendonlod dan mengupload.Nnt bile keadaan agak pulih dpt lah bersiaran anak aku itu.Hehe.

Tahun ni tak akan beraya di Taiping.Rumah tu 'panas'.So kami sekeluarga akan beraya di Tanjung Malim,rumah Andak.So sesape yg dok area Tanjung Malim nak mai rumah,sila la sila.Heheh. 

1 Comments

Berbuke puase di rumah Jujus

Hehe.Smlm makan besar di rumah Jujus.Jujus masak laksa sarawak dan puding roti (resipi dr mak yer..haha) Mak pun menyumbang makanan jugak.Sagu mata ikan yg hari tu dan puding marble.Walaupun puding dan marblenya menjadi,tapi rasanya tawaq hebiaq (bahsa Kedah) TAK SEDAP! Malu mak bawak gi majlis tu.Terpaksa menanggung malu akibat ketaksedapan masakan mak smlm.Haha!Benci.
 
Then smlm ade jugak si Azliyani.Mencoba gelang2 yg dijual oleh Wawa.Tetibe "Petung,kenape tgn kau dah keding mcm tgn aku ni?Tu la dulu kau kutuk aku keding,skarang tgn kau pun lebih kurang aku dah" Mak sentap."A ah la weh.Apsal tgn aku dah mcm tgn kau ni.Aaa tidak!!"
 
 

1 Comments

Anda Tentunya Dewasa Dan Matang Bila...

1. Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai

2. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa

3. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung

4. Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka

5. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat
 
6. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain
7. Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda

8. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya

9. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

10. Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang

11. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati

12. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu

13. Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif

14. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna

15. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya

16. Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai

17. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka

18. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur

19. Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita

20. Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai wanita-wanita lain sekurang-kurangnya mempunyai tiga orang sahabat wanita yang jujur

2 Comments

Di dalam hati manusia......

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.

0 Comments

Pre-Anniversary

Anniversary aku dan Abob 2 minggu lagi.Hari ke-4 raya.So kiteorg tak dpt la nak celebrate sekali memandangkan mase tu raya.Of kos la kami akan berada di kampung masing2.So Abob bercadang utk celebrate awal.Tapi aku kene masak.Dem ingat makan kat luar.Mrasa masak utk laki katanya.

So kul 2 camtu Abob jemput aku kat umah Alang.Pegi Shah Alam dulu utk amek tempahan beskut.Pastu ke Tesco beli barang.Smp umah dah kul 5.Terus bersilat di dapo.

Aku masak lontong,nasi himpit ngan sambal tumis ikan bilis.For dessert,aku masak sagu mata ikan dgn susu cair dan gula melaka.Pergh mmg best bukak posa smlm.Dua-dua makanan tu first attempt masak.Seb baik jadi.Tu pun ade je Abob ngomel pasal masakan aku.I couldn't care less.Aku makan smp kenyang.Lantak la die membebel sensorang.Haha.

Agak2 kul 8,aku tapau kan Abob lontong tu sbb byk.Nak kasi mama rase katenyer.Mrasa la kene komen yg hebat nnt.Tgh aku dok membebel kat kusi,aku tak seda Abob dok blakang aku.Bile aku bgn,terhantuk kepale aku kat muke die.Adeh.Benjol dahi aku pagi ni.Hampeh nyer Abob.

Lontong yg aku tapaukan utk Abob tu die makan mase sahur.Mrasa ni papa ngan mama die makan sekali.Seb baik takde komen lain melainkan 'sedap'.Hehe.Kembang sekejap.

Besok berbuke di rumah Jujus.Sambut besday dlm bulan Hijrah plak.So aku plan nak masak puding marble.Harap2 jadi. 

2 Comments

Mari2 beli biskut raya.Hik

Hari tu aku ade janji nak update pasal biskut raya yg aku dan Abob jual.So here it is.Kalo ade sesape yg nak order,dipersilakan.Free delivery.Setiap balang RM28.

 

Photobucket - Video and Image Hosting

Emma Choc

Biskut perasa coklat yg rapuh dan sedap dimakan.Setiap balang berharga RM28 dan satu balang ada dlm 96 ketul 

 

Photobucket - Video and Image Hosting

Dates Roll

Biskut kurma disalut dgn cornflakes.Rapuh dan tak manis sgt.Setiap balang RM28 dan satu balang ada dlm 85 ketul

 

Photobucket - Video and Image Hosting

Dates Nuts Delight

Biskut kacang yg dihias kurma dan krim diatas.Rangup dan tak manis sgt.Setiap balang RM28 dan satu balang ada dlm 96 ketul 

 

Photobucket - Video and Image Hosting

Almond Slice

Biskut badam yg diadun dgn kismis dan dipotong segi empat.Setiap balang RM28 dan satu balang ada dlm 106 ketul 

Photobucket - Video and Image Hosting

Almond Oat

Biskut oat yg dihias badam diatasnye.Rapuh dan sedap.Setiap balang RM28 dan satu balang ada dlm 106 ketul 

1 Comments

Wiken

Ari ni dah ari Jumaat.Dah 13 ari pose.Alhamdulillah blom 'pecah' posa lagi.Hehe.So ari ni akan berbuka puasa bersama rakan2 di Taman Warisan Putrajaya.Tatau nak makan ape sbb blom smp sane lagi kan.Hehe.Lepas berbuka kepulangan ke Kajang,ke rumah Alang.Tender sbg pembantu peribadi merangkap tailor sementara telah bermula.So akan bermula la rutin menjahit baju di kala subuh menyinsing hingga tgh malam.Tahun ni Alang tak amek byk tempahan sbb die tgh sarat nak melahirkan anak no2.

Smlm bukak posa ngan Abob.Aku masak roti john tuna.Best jugak walaupun first time masak.Hehe.Mase sahur plak,makan nasik ayam adik masak 2 hari sudah.Tgh tunggu ayam digoreng,tetibe Milo jerit,"HAMSTER KLUAR!HAMSTER KLUAR!SELAMATKAN DIE DR ZAT!!" Haha.Kecoh sume org lari selamatkan hamster tu dr cengkaman Zat.Seb baik selamat.Yg tak selamatnyer seko lagi.Hilang ntah ke mane.Nak kate si Zat makan,die tak tinggalkan langsung bahan bukti.Missing in action.Harap2 die tahu pulang ke pangkal jalan.Hehe.

0 Comments

Jawap.Jgn tak jawap

Ada sebatang pokok, bila hujan beberapa helai daun tumbuh, bila musim luruh angin menjatuhkan daun-daunnya..

Jika anda diberi pilihan, mana satu anda pilih.. HUJAN, ANGIN, MUSIM LURUH, DAUN atau POKOK?

Sila jawap yer.Nnt akan diupdate jawapan.Hiks~

 

 

 

Ok.Jawapan kat comment.Hiks~ 

9 Comments

Posa

Abob: Eh kau makin kurus la skarang.Dah ade shape.Hebat!

Aku: (eh,selame hari ni aku mcm bola ke takde shape!) Ye la.Bulan pose.Kurang makan.Harus la kurus.

Abob: Bagus2.

Aku: Kau punye shape perut pun dah mengecik.Bagus2.Tingkatkan usaha!

Abob: Ceh! 

 


Perbualan di rumah Abob,

 

Mama: Abang,duit gaji tu nnt bagi kat mama RM1000 tetiap bulan.Mama simpankan.Nnt tahun depan nak kawen.

Abob: Err..Hehe

 

0 Comments

Berangan jer la....

Ari tu beli Women's Weekly.Ade pamplet pasal oven Elektrolux.Aku berkenan satu oven ni.Ade 8  cooking funtion.Tapi tgk pd harganya,bole berangan je la.RM5995.00.*makan ati masak kari.

2 Comments

10 Ramadhan 1427

Hari ni dah hari ke-10 umat Islam berpuasa.Hari ni hampir terbabas sahur aku.Seb baik Milo kejutkan kul 5.Turun je dah siap masak (perangat je ayam dendeng yg aku masak sehari sblm tu.hehe) Sahur ngan sume bebudak rumah.Lame dah tak makan secara berjemaah ni.

Smlm berbuke di rumah Jujus.Nak buat roti jala tapi Jujus je yg ade acuannyer.So Jujus buat roti jala,aku buat kari ayam.Kari ayam kosong.Hehe.Buke sekali ngan Teh,Anum,Sue and Kak Jue.Masyuk btol bile buke pose reramai ni.

Ari ni Abob ajak bukak posa sekali.Di mane hentah.Ikut je ke mane org nak bawak.

Last week berbuke ngan family.Sume adik bradik ader.Meriah tapi penuh kesyahduan.Mak masih mcm dulu.Walaupun ade improvement sket,tapi 'bende' tu masih degil utk kuar dr badan mak.Ari ni Angah sms,mak nangis depan abah.Mak dah tak tahan.Berubat dah merata.Duit beribu dah habes.Tapi tetap sakit.Malah lagi teruk.Aku hanya mampu berdoa dr jauh agar mak lebih sabar dan tabah.Tuhan tu mahu menduga.

"Ini dugaan utk kite.Mende ni jadi pun atas izin Allah.Kalo Allah tak izin,bende ni tak jadi.Dia nak uji kite cemane kite nak berhadapan ngan bende ni.Nak tgk mak kuat ke tak kuat menghadapi dugaan Dia.Nak tgk anak2 mak bersatu hati ke tak bile mak jadi mcm ni.Nak tgk abah bole handle ke tak situasi ni.Nak tgk keikhlasan hati kita.Jadi kite berserah dan berikhtiar kepada Allah.Mintak petunjuk dan moga2 Dia memberkati apa yg kite buat.Jgn kite mudah tunjuk kpd org yg aniaya kita.Insyaallah dgn izin Dia jugak,mak bole sembuh"

Itu lah kata2 Yong yg aku pegang.Alhamdulillah kami adik beradik bersatu hati dan tak mudah melatah bile mende ni terjadi kat mak.Aku bersyukur sgt ade adik beradik yg memahami,saling bersatu hati dan sokong menyokong antara satu sama lain.Alhamdulillah abah ada kami yg menyokong dia dr belakang.Walaupun ada kala nya kami buntu,tapi kami tetap teruskan berikhtiar demi mak.Ya Allah,bantu lah kami.Berilah petunjuk kpd kami agar mak sembuh seperti sediakala.Amin 

0 Comments

KISAH BAJU CINTA

BAJU CINTA

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya.

Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari bekerja nie nek!"..

"Yangg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek.

"Ini la BAJU CINTA saya..." balas si cucu perempuannya.

"BAJU CINTA??" si nenek kehairanan.

"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang. Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu....

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi.

"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.

"BAJU CINTA???...... Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!! Nampak sangat kedutnyer..."


wakaakakakaka...

2 Comments

*_^