Kronik
Oh2.Hari ni bgn yg agak lambat.Hampir jam 8 baru terjaga.Uh nasib baik sempat mandi manda dan bersiap sblm En Teh smp.Smlm tido agak kelambatan kerna melayan Prison Break.Oh2 sungguh suspen.Blom pernah lagi saye terkinja kinja di depan monitor menonton apa2 cerita pun.Oh2 korang kene tgk la cite ni (bg sesiapa yg meminati cerita yg penuh adventure dan thrill) sgt best.Lagi best dr Lost,House,Smallville dan yg sewaktu dgnnyer.Best gilerrrrrr...Seb baik la smlm keseorangan di rumah.Kalo ade hosmet yg lain pasti mereka aneh mengapa aku terjerit jerit,terkinja kinja dan sawan di depan monitor.Dem!Kenape hebat sgt PAUL SCHEURING ni buat cite!Salute beb.Anda hebat.Tak saba utk menonton Prison Break season 2.Argh!Tertekan.

Pic 1: Scene derang nak melarikan diri dr prison.Sgt cemas sbb guard2 sume dah pasan derang ni nak escape.Mase ni aku bagai nak sawan sbb cuak sgt,sempat ke derang ni nak cross?
Pic 2: Dr Sara Tancredi,salah sorang doktor yg bertugas di prison tu.Part of Michael's plan but tetibe Michael syok kat minah ni and minah ni pun syok kat Michael.Lawa kan?Tapi dahi ade sikit jendol.Haha
Pic 3: Scene dlm bilek doktor yg mane derang nak pecahkan tingkap utk cross dan melarikan diri.
Pic 4: Lincoln nyer attorney yg merangkap ex-girlfren die.Yg laki tu ader konspirasi lain plak ngan John Abruzzi.Giler berkait kait cite ni.Tapi BEST!
So sesape yg blom tgk cite ni dan berminat nak tgk,sile lah tgk.Sgt BEST.
Oh hari ni dah Jumaat.Wiken datang lagi.Syok2.This wiken saye mau balik Damansara.Lame sgt dah tak pulang ke rumah kakak sulong ini.Kakak sulong mengajak saya menonton wayang bersama anak2 sedara.Oh menarik juga.Cuma tak tahu wayang ape nak tgk.Ikut aje la ape yg mereka nak tonton besok.
Hmm..kemalasan melanda diri di opis setelah berlaku bbrp kejadian tak berapa manis di sini.Terasa mahu menukar bidang pekerjaan.Namun gusar kerna merasakan ada kekurangan pada diri ini.Sepanjang hampir setahun dibidang ini membuatkan otak saya tidak berkembang dgn pesat dan takut utk mencuba lain bidang.Atau mungkin belajar bidang yg baru?Memasak barangkali.Menarik juga.Atau alternatif lain?Hm..masih memikirkannyer.Tiada idea buat masa sekarang.Atau hanya duduk di rumah dan menunggu bakal suami masuk meminang?Idea itu pastinya paling menarik.Lepas kawen bukak kilang.Kilang buat anak.Hahaha...Fani.
Ntah la.Terasa seperti mental disorder.Bayangan masa depan yg agak2 suram tak bape cerah.Namun harus cekal mengharung hidup.Lebih byk dugaan lebih sayang Tuhan kepada kita.So just follow the flow.......................Yg pasti duit berkepok kepok tak akan turun dari langit tanpa usaha dan tawakal kepada Yg Maha Esa.
Happy Belated Birthday!
Oh2.Susah btol bila tiada internasi.Terpaksa take turn ngan adik utk mengonlinekan diri.Haih tak saba utk bertukar kepada streamyx seterusnya membaiki router itu.Menunggu wang gajian bulan ini sblm dpt melaksanakan misi itu.
Oh2.Kerna tiada internasi menyukarkan saya menulis blog tentang semlm yg hangat.Oops jgn salah anggap.Semlm adalah hari lahir buah hati pengarang jantung saya,En Mohd Zul Ikram b Md Razalli yang ke 24 tahun.Sudah tua kamu!Bila mau bekerja?Hehe..Saya doakan agar kamu sentiasa sukses dan moga2 kamu berjaya dgn sijilan SAP itu dan mendapat perkerjaan yg bagus2.Amin.
Dan bersempena dgn hari lahirnya,dia membuat request supaya saya memasak brownies dan spagetti utknya.Brownies lagi?Ya..Brownies.Dlm seminggu ini sudah 4 ketul brownies dibuat dan kami makan tanpa rasa jemu.Lemak2 dibadan juga gumbira kerna berjaya menambahkan populasi dibadan ini.Oh saya perlu berdiet.
Turun dr opis,aku dah nampak kete kancil warna keemasan itu.Eh mengapa tmpt duduk pemandu kosong?Zulbob pula duduk di kerusi seblah pemandu itu.Dan aneh.Ade "P" didepan dan blakang siap tertampal?Oh2.Rupanya aku yg harus menjadi driver hari ini.Aduh gelabah sebentar.Tapi dikuatkan semangat agar lebih yakin utk memandu.
Kereta auto itu kupandu sehingga ke Putrajaya.Sempat juga kene hon dgn kete blakang kerna kelambatan di traffic light.Maaf saya budak baru belajar.Singgah sebentar di kedai runcit utk membeli barang2 masakan.Masuk parking pun ala2 gelabah seb baik tak terhumban ke depan.Mueheheh..Mahu tgk gambar saya memandu?Ade dibawah ni.Cube tgk muke Zulbob?Ala2 gedik kan?Haha…Rakaman video juga ada.Jelas terpancar kecuakan di muka saya.Dan saya rasakan muke saye sgt fani.Hahaha…(Dan terperasan saya makin gemok.Haih.Penangan brownies kah?)

Dipendekkan cite kami masak bersama sama dirumah.Bukan kami jer, adik Tam ade sekali.So menyambut besday Zulbob ala kadar sahaja dgn masakan sendiri.Harap kamu berpuas hati yer,En Zulbob.Saya tahu masakan saya smlm tak enak dan tak menepati citarasa kamu.Nnt saya akan cuba masak makanan yg sedap2 buat kamu.Selamat hari lahir yah!Saya sayang sama kamu!
Hari ini dalam sejarah
Hari ni hari Ahad.Hari dalam sejarah pabila aku membuat first attempt memasak nasik lemak.Huahauhua..Ye lah kan.Anak2 teringin nak makan nasik lemak.So berusahalah memasak walaupun tak penah try sblm ni.
Awal2 lagi dah dpt wake-up call dr Jaa.Kunun nak masak sekali la nasik lemak ni.Lame sgt tunggu dia aku pun menyiapkan bahan2 nyer.Sempoi je.Bawang merah dihiris,halia pun hiris2,campak lam periuk.Basuh beras dulu pastu campak jugak lam periuk.Pastu taruk santan.Letak garam secukup rase yer puan2.Pastu masak atas dapo.Err..terpaksa masak secara manual di dapur gas.Terpaksa tercongok di cerok dapo takut hangus.
Hasilnyer?Wah sedap walaupun ade part2 yg hangus.(maaf saya tak berapa pakar memasak secara manual di atas dapo gas.Adik Tam je yg pakar)Pastu memasak sambal tumis ikan bilis.Wah2 makan dgn sungguh menyelerakan.Sejak Jaa pindah masuk umah ni mmg aku rajin masak.Mcm ketua chef plak.Hahaha..Mcm la masak sedap.Asal buleh makan ok la noks kan?
Oh btw,ingatkan nak masak brownies lagi tapi mengalami kesusutan gula.Nak beli kat kedai di bawah pun tiada.Pencatuan gula agaknya.Mengapa perlu mereka mencatukan gula?Tak paham plis.Bile ke Carrefour juga dilimitkan hanya 2 pack per customer.Haih..Donia donia!
Skang tgh menghitung detik ke 12 mlm.26.06.2006.Besday chenta hati,Mohd Zul Ikram b Md Razalli.Tak tahu nak beri hadiah apa.Mungkin disekalikan jer hadiah hari lahir dan hadiah konvo nyer nnt.Nak bg ape?Rahsia.Sbb nnt die bace blog ni dah tak rahsia dah.Ihiks..
Hm..bisok mau masak ape pula yer?Ada suggestion?
Kisah boling lagi
Boling lagi!!Ihiks..Hari ni ade makan2 bersama grup lagi.Kali ni atas dasar murah hati majikan memberi extra satu jam lunch hour.Itu bermaksud kami mempunyai 2 jam 30 minit lunch hour pada hari ni.Oh syok.
Maka berangkatlah kami berenam ke Alamanda.Pusat Boling Alamanda menyediakan buffet utk makan tgh hari.So menu pd hari ini - Nasi tomato,ayam masak merah,daging masak kicap,dalca dan bbrp sayur lain.Dessert berupa bubur chacha(agaknyer..i hentam saje).Harga RM9.50.Agak mahal la sbb tak byk choice lauk.Tapi makanannyer lazat.Ingat nak makan 2 round tapi sudah kekenyangan.
Then smlm En Abel menang betting utk World Cup.Jadi dgn murah hatinya beliau membelanja kami bermain boling.Satu game pun sudah cukup menyengalkan lengan2 kami ini.Hari ni team lelaki vs team perempuan.Hah..team lelaki kalah.Muahahha...Teh lambat membuat strike kalo tidak pastinya kami menang dgn lebih byk.Aku?Mcm biasa penyapu longkang yg bersih.Tapi ade sesat jugak satu strike.Agak cuak sbb bermain dgn memakai skirt.Takut tersangkut lalu terlondeh.Haha...Nasib baik itu tak berlaku.Kami memanfaatkan 2 jam 30 minit itu dgn aktiviti yg sungguh berfaedah.Dan amalan bermain boling secara berkumpulan ini akan kami praktikkan 2 minggu sekali.Oh I'm having so much fun with those guys and girls!
Oh tak sabar menunggu wiken.Tapi wiken kali ini mcm busan jer.Sbb pertama internet takde.Router di rumah baru je blow tanpa diketahui sebab musababnyer.Dpt dibayangkan kesangapan tidak mengonline YM dan membaca blog.Kedua hari ahad nnt akan takde letrik sbb TNB nak buat maintenance.Nak lari ke mane pun tidak tahu.Haih.Naseb baik konsert AF pd malam bisok.Kalo ari ahad?Nak gi tgk kat mane?Balik Kajang la jawapnyer.
Oh btw,smlm Jajabink masak nasik goreng butter yg pedas giler.Menjemput En Zulbob,Teh dan Ajurina join sekali.Wah mmg meriah.Bukan sekadar nasik goreng,En Zulbob dan saya bertungkus lumus menyediakan brownies.Brownies lagi?Ya..kami mmg obses dgn brownies skarang.Haha..Habis sebiji brownies.Makan plak ngan aiskrim.Sume org kene diet.Haha..Maaf tiada niat utk menaikkan berat badan korang.Salahkan kek itu yer sbb terlalu byk kandungan lemak nyer dan sbb ia SEDAP!
Mlm smlm juga adalah mlm SENTAP MENYENTAP dgn cik Ajurina.Haha..Fani la kau ni.Byk sgt ayat kau yg aku tak ingat.Kalo tak bole dibuat kamus diblogku ini.Mungkin Jajabink ingat.Tak tahu la die update kat blog ke tak.Muehehhe
Ok kengkawan.Bebila nnt kite masak memasak lagi.Seronok bile korang dtg rumah aku.Asik aku je kan menempek kat rumah korang tgk AF.Haha..
p/s: Mlm besok nak lagi tak brownies?Aku boleh je nak masakkan.Hihihi.....
Kejadian boling dan brownies
Smlm 21 June 2006 adalah hari berboling dgn rakan2 opis.Majikan saya membelanja saya dan rakan bermain boling di Alamanda.Oh oh best.Bukan itu saja.Kami juga mendapat makanan percuma berupa 2 ketul ayam KFC berserta Coleslaw dan Whipped Potato juga Pepsi.Murah rezeki majikan saya ini.
Saya telah diundi utk menyertai Team D.Ahli2 lain adalah Neth,Badd,Nick dan Eyla.Masing2 dgn pelbagai gelagat dan aksi.
Neth - forever dgn aksi beliau yg melentik.Paling menarik apabila beliau mendapat strike.Melompat ala2 pom-pom gurl.
Badd - Lambat smp.Hanya beraksi pd second round.Balingan pertama terlalu ke kiri memaksa bola itu utk masuk ke longkang.Balingan kedua juga sama.Tapi kami maafkan beliau kerna paham beliau tak pernah bermain boling sblm ini.Aksi2 seterusnya agak memuaskan.Beliau hanya suka bersorak dr membuat balingan.
Nick - Fizikal nya 2 kali ganda dr saya.Tak sampai hati utk mentertawakan beliau apabila beliau terjatuh semasa membuat balingan pertama.Beliau tak tahu yg semasa membuat balingan tak bole melebihi line itu.Tapi tak mengapa.Beliau berusaha bersungguh sungguh dan hasilnya byk strike dilakukan oleh beliau.
Eyla - Tak kurang hebat jugak minah ni.Byk strike jugak.Antara penyumbang utama mata bagi kumpulan saya.Dan Badd sempat berbisik kpd saya "Gaya die ayu giler..lagi lembut dr Neth."Mesti la ..kan die wanita melayu terakhir
Saya - Err...Tak tahu nak komen.Prestasi kurang membanggakan.Pd set pertama jauh ketinggalan dr rakan2 lain.Almaklum la membuat sapuan longkang yg bersih.Sesekali tersesat jugak strike."awak aim tgh..slow pun takpe" itu nasihat Eyla.Yg penting, BALING JE!
So keputusan nyer,team kiteorg dpt SECOND BEST.Hadiah?Takde.Haha.Tapi yg pastinyer sgt FUN.

Lepas makan di KFC,berangkat pulang.Singgah di ELIANTO sbb Teh nak beli alat2 mekap.Die je yg soping menggunakan kad gores dan menang.Aku?Tunggu bajet bulan depan.Nak beli blusher.Muehehhe..
Sesmp di rumah,lepak2 jap.Kendian terus membuat brownies.
Jaa - Bertungkus lumus mengacau gula dan telur sehingga kembang.Sekejap di meja makan,sekejap di sofa,sekejap di dapur,sekejap di lantai.Haha..Berpeluh peluh beliau mengacau.Smpkan lengan beliau menampakkan muscle.Tapi sebelah jer.Haha..
Adik - Bertungkus lumus menjadi jurukamera tak bertauliah.Gambar utk dijadikan bahan bukti bahwe akak2 ni memasak dan gambar tu bole la dihantar kepada mana2 bakal ibu mertua yg sedang mencari menantu.Haha..Bukan sekadar mengambil gambar,saya mengarahkan beliau menumbuk kacang walnut dan memasukkan adunan ke dalam loyang pembakar.
Saya - Tenaga kerja paling penting.Muahaha...Menyediakan bahan2 seperti tepung,coklat,mentega,ese n vanilla dan menyapu mentega pada loyang pembakar.Saya juga bertindak sebagai penjaga masa menunggu kek itu masak.
Dan hasilnyer...brownies yg sgt enak dan sedap.Ditambah pula dgn aiskrim sundae coklat dr walls.Oh nikmat nyer.Memasing diam menikmati hidangan masing2.Jaa yg mulenyer nak diet melupekan sebentar hasrat beliau.Adik mmg kene makan byk kasik besar.Saya juga melanggar pantang diet.Sepatutnya selepas jam 10 dah takley makan.Tapi brownies nyer pasal aku makan jua.Mmg tak rugi.Oh sedapnyer..................................
. : : Aku Ada Karena Kau Ada : : .
cinta adalah anugerah yang kuasa
yang bila terasa betapa indahnya
sungguh lemah diriku
tak bererti hidupku
bila tak ada dirimu
andai ku bisa akan ku balas
semua yang pernah engkau berikan
trima kasih dariku
atas ketulusan mu
menyayangi diriku
aku ada karena kau pun ada
dengan cinta
kau buat diriku hidup selamanya
andai ku bisa akan ku balas
semua yang pernah engkau berikan
trima kasih dariku
atas ketulusan mu
menyayangi diriku
...........
Lagu ini ditujukan khas buat En Zulbob..Dgn ucapan kenang daku dlm doamu.Peace!
Perlu atau tidak perlu?
Memiliki kereta adalah idaman setiap insan.Saya juga mengimpikan sebuah kereta supaya senang ke mana2.Mengunjungi kakak2,berjimba bersama cinta hati malah pulang ke kampung menaiki kereta idaman.Namun yg menjadi persoalan,sekarang atau bila waktu yg sesuai utk memiliki kereta sendiri.Mari kita kaji paras keperluannya.
Perlu:
1) Utk ke kedai membeli barang
2) Utk ke Damansara atau Kajang pd hujung minggu
3) Utk pulang ke Taiping bila2 masa tanpa perlu risaukan tiket bas atau tiket ketapi yg sah2 takde bile beli di saat2 akhir
4) Utk berdating bersama kekaseh.Ye lah kekaseh asyik merungut die je bawak kete dlm 6 tahun ni.'Now it's your turn to drive.'
5) Bole ke ofis menaiki kereta.Kasi teh rehat plak asik2 melenjan ketenyer saje.Hehe
6) Bole membawa anak2 sedara berjalan2 di hujung minggu sementara memberi can kpd ibu bapa mereka berdating
7) Tak perlu mengharapkan kekaseh lagi utk membank in duit,membeli barang keperluan rumah dan sebagainya
8) Kalo mak and abah dtg KL bole bawak derang jln2 ke Putrajaya menaiki kereta milik sendiri
9) Kalo ade emergency di rumah bole la bawak gi spital ker,klinik ke,balai polis ke
Tak perlu:
1) Mampu ke nak baya duit kete tetiap bulan?
2) Bape down payment yg mampu dibaya?
3) Kalo dah baya duit kete,cukup tak duit utk kawen nnt?
4) Berani ke nak bawak sensorang?Kan ke baru dpt lesen?
5) Abg2 dan kakak2 bagi ke nak beli kete?
6) Mak abah bagi ke nak beli kete?
7) Ke duit tu lebih afdal simpan utk kawen?
Hmm..Perlu sgt ke aa kete ni?Pk2 cam perlu.Pk2 balik takyah pun takpe.Tapi lagi senang kalo ader.Tapi mampu ke nak ada kete sendiri?Kekasih ade kete.Tapi tak best la asik harapkan die je.Die pun ade tanggungjawap lain.Bukan selalu ade bersama kite.Lain la kalo dah kawen.Hmm..Susah jugak ni nak buat keputusan.Kene tunggu mlm jumaat buat solat sunat istikharah.Moga diberi petunjuk olehNya.
By the way,skang ni series Lost dah abes season 2,House pun dah abes season 2,Survivor 11 pun dah tahu sape pemenangnyer,(Aras the yoga instructor yg hensem),Amazing Race pun dah tahu sape yg dapat 1 Million (the Hippies yg coolnest giler..wish to be like them),Smallville pun dah abes season 5(walopun tak abes layan lagi)so aku agak kesangapan di rumah di kala pulang dari opis.But now I have new obsession.PRISON BREAK.Cite ni coolness nye sgt mengancam.Every episode buat aku cemas,gementar dan kalut.Tak penah lagi laa aku tgk cite yg sgt best ini.Cite ni byk turun naik nyer.Ditambah plak ngan hero nyer, Wentworth Miller (as Michael Scofield) sgt hensem dan sgt bijak.So sesape nak review pasal cite ni sile lah klik gamba di bawah:
MICHAEL SCOFIELD (Wentworth Miller) is a desperate man in a desperate situation – his brother, LINCOLN BURROWS (Dominic Purcell), has been convicted of a sensational murder and is on death row in Fox River State Penitentiary. Despite the evidence against Lincoln, Michael is convinced of his innocence. With no other options and the clock ticking toward Lincoln's execution, Michael holds up a bank to get himself incarcerated alongside his brother. Once he's inside, we learn that Michael – a structural engineer with the blueprints for the prison – has hatched an elaborate plan to break Lincoln out and prove that he was framed for the crime.
Combining the hope of "The Shawshank Redemption," the camaraderie of "The Longest Yard" and the tense procedure and spectacle of "The Great Escape," the series promises to reveal additional pieces of the puzzle each week as Michael carries out his daring plan to mastermind the ultimate prison break – and solve the far-reaching national-scale conspiracy that landed him and his brother there in the first place.
Lesen
Z: Oh Tahniah sayang.Akhirnya kau ade jugak lesen memandu.
A: Time kasih.
Z: Ko takyah la sesusah beli hadiah utk besday aku nnt yer.Aku dpt byk berita gumbira bulan ni.Aku buleh convo,aku dpt gi kelas SAP dan kau plak dpt lesen memandu.
A: Yelah2.(malas layan mode)
Z: Kau tunggu aku abes belaja 2 tahun jer.Aku?Tunggu 6 tahun utk kau dapat lesen memandu.Betapa sabarnya aku.(sambil mengembangkan hidung)
A: Erk!(speechless)
What does your birth date mean?
| My Birthdate: April 28 |
![]()
You have a Type A personality so big it makes other Type A's shrink away in shame. |
| His Birthdate: June 26 |
![]()
You lucked out the the skills to succeed in almost any arena. |
Congratulation...
Di suatu ptg yg gubra..
Dia: Sayang..abang ade cite sedih nak cite kat sayang ni...uuuu :(
Aku: Alor..apsal ni bang?Ade paper tak lepas ker?
Dia: Nnt la abang cite..uuu sedih :(
Aku: Jgn sedih2 kay.Ptg nnt cite kat org.
Petikan perbualan di atas adalah melalui gmail chat kira2 jam 5 ptg.Timbul pelbagai persoalan dlm fikiran.Btol ke die tak lepas paper sem ni?Bape paper pulak laa kene repeat?Nnt bile amek supple bole ke lepas?Kalo tak lepas,lagi setahun plak aku nak tunggu die.Haih brape lame mau tunggu daa..Kalo tak lepas cemane nak kawen ni?Hm..kalo tak lepas suh die keje dulu la.
Eh2..cemane kalo die tipu aku?Die lepas sume tapi purak2 tak lepas utk mengelirukan aku?Oops..bukan bole percaya zulbob ni.Kalo diauta nyer aku,mmg nak kene la.
Jam 6 ptg.Dijemput oleh die dan aku tgk wajahnyer tersenyum.Sah!Aku kene tipu
Aku: Abang tipu ek!Ko lepas sume kan?
Die: Argh!Aku takley tgk muke ko la..Tak bole nak menipu kau.AAAA AKU PASS SUME PAPER!!!AAAAA GUMBIRA (sambil membuat aksi terkinja kinja dan terhuyung hayang)
Aku: WAAA CONGRATES!!CERAH HARAPAN AKU NAK KAWEN!!
Die: HAHAHAHAHA!!DEM YUH.
Aku: HAHA!Dah2 la tu.Aku tahu kau gumbire lepas sume paper.Takyah la over.
Die: Ko kene tahan ngan perangai giler aku dlm seminggu ni yer.Aku teruja bagai nak giler ni.Dah 6 tahun aku kat MMU akhirnya aku grad.Tak penah tak supple.Kali ni aku BERJAYA.WAARRGHHHH!!!(buat aksi gila lagi)
Aku: Yelah2.Kalau aku emo tgk perangai kau,aku tampa je kau yer.
Then meneruskan perjalanan ke Alamanda.Konon nak membeli brg masakan utk dinner di Carrefour.Sekali Carrefour tutup daa..Ade nak buat kire2 stok plak.Eh kire hari lain tak bleh ker?Perlu ke time aku nak masak2 ni ko tutup?Bih tu aku nak beli brg kat mane?Terus laa aku dan Zulbob membeli aiskrim.Zulbob masih dgn senyuman smp ke telinga.Cume aksi terkinja nya terpaksa dicontrol di khalayak ramai.Pastu terus pulang ke Cyberia.Semasa melintasi MMU...
Die: Nnt aku nak cite kat anak aku la."Kat sini la abah convo.Mak kau tak convo kat sini.Dewan convo die nuh kat Melaka nuh.Ape ntah name dewan tu.Dewan Sri Negeri.Mak kau tak merasa convo kat dewan baru ni."
Aku: Aaaa...perlu ke ko nak cite mende tu kat anak kau nnt?Mmg la aku dengki kat kau sbb convo kat dewan baru tapi isu tu tak perlu kot dicerita kat anak2.Baik aku cite "Seb baik laa abah kau dpt grad.2 tahun mak tunggu die abes blaja.Sbb tu yg kawen lambat tu.Kalo die pegi kat pompuan lain mmg nak kene blasah bapak kau ni."
Die: Haha!Siot la kau.
ps:/Tahniah juga kepada hosmet aku.Zazariah a.k.a Jajabink.Semoga anda terus sukses.Nnt convo ko insyaallah aku dtg.Bukan utk celebrate tapi gi bakar dewan baru tu.Haha.Dan aku harap perut kau ok setelah makan spagetti meatballs yg aku masak smlm.Huahuahua!
B o R e D
I'm speechless~~
Di suatu ptg yg penuh dgn gossip:-
Yeop: Ok anak2.Salam Acu salam Mak Lang salam Pak Lang.Kite nak balik dah ni.
Aku bersalam ngan Yong.
Yong: Adik, hang ni takde plan lagi ke nak kawen ngan Zul?Ke dah ade plan?
Aku: Er..er (soklan apakah ini?IQ test juge tak sesusah ini?...)Er..Ade..We plan next year..
Yong: Good. So awal tahun ke hujung tahun.Make sure cuti sekolah aa..Nnt anak2 aku susah nak cuti.Bang, adik nak kawen tahun depan.(Me'refer' kpd suaminya a.k.a Yeop)
Yeop: Good2.(Sambil tersenyum lebar) Alhamdulillah.
Alang: Haa! Tahun depan?Awalnyer.Laki hang kan tak keje lagi.Kot la tunggu 2-3 tahun lagi.Menggatai nak kawen sgt la tu!
Oh2 Yong.Plis bekap me.
Aku: Awai ape nyer.Adik dah kenal Zul lame dah.Lagipun hujung tahun bukan nye awal tahun.Sempat die keje nak kumpul duit.
Yong: Btol tu.Elok la tu kawen next year.Hang nak bertunang biler?Ujung tahun ni ker awal tahun depan.Aku nak buat baju sesiap ni.
Eh2.Yong plak bersemangat waja.Hatiku berbunge sbb dpt lesen kecil dr kakak sulung.
Aku: Tgk dulu la yong.Ade bajet ujung tahun ni tunang pun ok.Kalo tak awal tahun depan tunang,ujung tahun nikah.Bole la kumpul duit dulu.Adik pun plan nak beli kete nnt.Takde la bercampur campur bajet tu.
Yong: U plan bebtol la.It's your special day.If u need my advice,u can come to me anytime.
Alang: Yong ni..Tanye dah dekat2 nak balik.Tak sempat la nak gossip byk2.
Yong: Aku baru terpk sat2 ni.Takpe la.Nnt mesti die dtg kat hang jugak nak design baju tunang, nikah sume.Dah smp mase die dah.
Yesza...Aku baru plan nak bagitau Yong pasal tunang dan kahwin ni.Tapi Yong dulu dpt membaca isi hatiku.Alhamdulillah Yong sapot dgn my decision.So skang ni tunggu BIG BOSS nyer green light plak.Tamau tergopoh gapah.Lagipun kesihatan mak dah beransur pulih.Biarlah mak bebtol sehat dulu.Aku pun ade pelbagai agenda lagi yg perlu diselesaikan.So follow the flow lah.Berdoa agar rancangan ni dimakbulkan olehNya dan dipermudahkan jalannya.Insyaallah.
Rombongan Cik Maya ke Pokok Sena
Friday, 2nd June 2006
Azliyani: Wei petung!Jom pi kenduri Farah kat Kedah.
Aku: Ha!Nak pi cemane nih?Ade transport ka?
Azliyani: Ha!Ni la aku nak cite.Mlm ni Kalut nak balik Kedah.So kite tumpang die ke Ipoh.Kite tido kat umah Maya.Bile lagi weh nak tido umah mewah.Muahahahh(gelak jahat)Pastu ari Sabtu kite gerak naik kete Maya gi Kedah.Tak salah aku Muna ngan Kaduk ikut sekali.Kite gi satu kete dr Ipoh.
Aku: Woh!Menarik2.Mahu2.
Lalu bertolak la kami ke Ipoh pd pukul 9.50 mlm setelah menunggu lebih 2 jam di Tesco,Puchong.Masing2 dihantar oleh boifren masing2.Aku berjaya dok blakang manakala Azliyani dgn rela dalam terpaksa dok kat depan.Haha!Maaf yer.Aku dok blakang dulu, so ko kene layan Kalut bersembang.
Perjalanan selama agak2 2 jam lebih itu terasa sekejap.Ye lah mane tak nyer,bersembang bagai tak ingat dunia.Drpd cerita2 lama,cerita2 skarang smp laa ke cerita2 skandal.Muahaha!Oopss I takde skandal yer dulu.I baik orgnya.Haha!Mangsa keadaan of kos la Azliyani.Smp panas2 telinge die menahan malu.Tak perlu laa diceritakan kisah nyer yer.Bukan korang tau pun.Haha!
Sesmp di Ipoh kul 12.30 gitu.Terus menuju ke Medan Gopeng dan kami pun makan2 sebentar sementara menunggu kedatangan Cik Maya.Sesudah kesampaian Cik Maya,sambung bersembang lagi.Kali ni turn Azliyani plak 'membahan' Maya dan Kalut.Satu masa dulu di skolah mereka penah menjalin hubungan walaupun terputus di tgh jln.Suasana yg gamat dgn gelak tawa itu tersentot pabila mendengar kisah sedih Maya.
Maya: Maya dah putus ngan abg Hadi almost 2 years dah.Kiteorg kawan dah 10 tahun.Nak tahu tak apsal kiteorg break?
Kami: Mestila mahu!
Maya: Kiteorg break atas dasar family.Arwah nenek Maya nak jodohkan ayah Maya dgn pilihan hati die.Tapi ayah Maya tanak sbb ayah Maya nak kawen ngan mak Maya.Atas sbb tu arwah nenek Maya tak maafkan ayah Maya smp die meninggal.Nak dijadikan cite,mase mak Maya gi Mekah bebaru ni,terjumpe ngan sorang makcik ni.Dunia ni kecik btol.Makcik tu adalah saudara kepada gadis pilihan arwah nenek Maya dulu.Dan yg lebih tragik nyer,makcik tu pun saudara abg Hadi.
Kami: Worgh!!!!!
Maya: Atas sbb tu la mak Maya nasihat jgn dikeruhkan lagi hubungan yg sedia keruh.Family sebelah sana mmg tak penah baik ngan kiteorg sbb kes ayah Maya.Walaupun pd kiteorg mende ni bole mengeratkan semula silaturrahim dedue pihak tapi bagi pihak abg Hadi derang takley nak terima.So kami terpaksa mengalah atas dasar keluarga.Amacam?Bole buat drama swasta tak?Takpun novel of the year?
Kami: Worgh!!!Giler lah.Tekanan siot.Bawak2 bersabar Maya yer.
Maya: Maya dah ok skang.Abg Hadi pun dah slamat kawen dah.
Kami: HAA!!
Lepas bergossip pape patut,bergelak ketawa smp diusha org sekeliling,jam dah pukul 1.30.Kalut menyambung perjalanan ke Kedah,kami pun pulang ke kediaman Datuk Bandar Ipoh.Wah besarnyer!Bangge dpt kawan ngan anak datuk bandar ni.Dah masuk bilek tu sambung sembang lagi.Maya dah turun bawah tunggu bapak die balik.Aku ngan Azliyani terus sambung bercerita smp kul bape ntah.
Saturday, 3rd June 2006
Kul 8 kami dikejut oleh Maya.'Bgn2 dah kul 8 nih.Kang kul 9 terus gerak.'Sepantas kilat kami bgn dan bersiap.
Azliyani: Weh ko tak mekap ker?Mekap aa sket.Takkan aku je mekap
Aku: Eh segan plis.I tak biase mekap2 ni.Takut muke jadi buruk plis.
Azliyani: Alaa tenyeh je.Aku pun main tenyeh jer.Meh2 tenyeh2.Aku tak kire ko kene tenyeh gak.
Aku: Ye lah ye lah.Nak tenyeh kaler ape ni.Ikut baju ker?
Azliyani: A ah.Pakai la kaler ijo.Dah baju ko ijo.
Aku: Ye lah ye lah.Aku tenyeh ni.
Lepas mekap ala kadar,tunggu kedatangan Kaduk dr Tapah.Lepas Kaduk smp dan parking ketenyer di garaj,kami pun menuju ke Tmn Meru,menjemput Muna(die adalah lelaki,harap maklom)So berangkat laa kami,rombongan Cik Maya ke Pokok Sena.
Dlm kete cam biase la.Tak penah nyer dok diam.Yg bincang pasal PTD la,pasal skolah la,pasal keje la,mcm2 cite kuar.Cume cite Muna break-up ngan Adillah je tak kuar.Takut mengguris hati dan perasaan si Muna.Eceh.Smp ke Hentian Bukit Gantang,drebar brenti.'Maya lapa sgt ni...'katenyer.So kami rehat jap.Then sambung lagi 3 jam perjalanan.
Sepanjang perjalanan tu,kami dihiburkan dgn pelbagai genre lagu.Mule2 denga Radio Era.Pastu Maya kate 'Kengkawan,bole tak Maya nak layan lagu dangdut?Maya ngantuk la' Kami kat blakang berpandangan sesama sendiri.Mmg almaklom Maya ni suke dangdut ngan hindustan.Kami pun layan kan ajer.Maklomla dasar penumpang,kene ikut taste drebar.Kang disuruh turun tgh2 highway tu tak ke haru?
Pastu Maya kate 'Ok skang Maya nak layan Oldies.'Kami menarik nafas lega.Ingatkan English Oldies,rupe2 nyer Oldies Hindustan.Kami gelak berdekah2.Oh Maya!Lalu lagi sekali kami terpaksa layan kan lagu2 Oldies Hindustan itu.Siap buat kuiz lagi.Cite pasal gajah la ular la.Aku kompem tak tahu pape.Of kos yg tahu segala ialah Maya dan Azliyani.Terpaksa la ala2 feeling layan Hindustan smp masuk area bendang.Waaa...dah smp Kedah.So call Kalut utk gi sekali ke kenduri tu dan kiteorg kuar kat Tol Alor Setar Utara.
Lepas kuar tol tu,kami pun rehat jap.Merehatkan bontot yg ala2 nak kematu tu.Touch-up mekap pape patut.Pastu bergerak la kami ke rumah pengantin.Eh tak rupenye.Berkumpul di rumah Boy dulu.Gi beramai ramai.Dem.Aku plak kene bahan.Tau laa aku penah ade skandal ngan Boy ni dulu.Aku tenang je,bebudak ni plak lelebih.Lantak korang la.Aku tak berperasaan.Haha!.Lepas smp umah Boy tu,kiteorg yg pompuan2 ni lepak kat dlm umah.Mak die siap jamu kopok lagi.Mak die dah tak ingat aku kot.Tapi yg pastinya adik Boy,si Girl mmg ingat kat aku.Takpe lah.Takyah diingat kisah lame.Muehehhehe....
Pas tunggu jejaka2 perasan tu,kiteorg pun terus menuju ke rumah pengantin.Wah meriah nyer.Ramai sungguh kengkawan yg dtg.Yg tak penah jumpe lepas SPM,yg selalu jumpe kat KL, oh meriah.Lepas makan2,masuk lam umah pengantin.Then sesi bergambar beramai ramai bersama pengantin.Aku ni bawak je kamera tapi takley nak tangkap sbb bateri takde.Padehal aku dah caj mlm sblm tu.So terpaksa la tunggu gamba kengkawan.
Lepas bermesra pape patut ngan sume org,kami pun berangkat pulang.Tapi Maya nak singgah Sungai Petani dulu.Nak gi skolah then nak gi CS(Centre Square..tempat kami selalu outing dulu)Maya ajak si Kalut so kami berempat membuat pakatan sulit.Muna merampas kunci kereta Kalut dan kami memaksa Kalut naik kete Maya.Haha!Cinta lama berbunga kembali.Kami di kereta Kalut bertepuk tangan kerana rancangan kami berjaya.Tapi di tgh2 perjalanan...
Muna: Weh cukup ke minyak kete ni nak smp SP ni?Mcm tak cukup jer.
Kaduk: Eh kau biar btol.Takkan kite nak tolak beramai ramai kot.
Aku: Weh tak sanggup aku nak bertolak2 ngan berbaku kurung ni.Giler kau.
Kaduk: Tu dia la.Nak pekene org lagi.Kan dah padan muke kite.
Kami: AHAHHAHAHAHAHHAHAH!!!
Seb baik laa sempat smp ke SP.Terus menuju ke Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.Oh rindu nyer.Kiteorg berpusing2 sekeliling skolah.Tgk tasik(yg satu mase dulu kontrovesi ade buaye),pegi lab yg kami cube bakar dulu(HAHA..Azliyani nyer keje),gi kelas 5A1,gi dataran skolah(aku ngan kengkawan aku selalu bratur kat blakang sbb slalu lambat..HAHA),gi dewan makan,gi asrama.Oh rindu.Rindu zaman kanak2 riang.
Lepas bersyahdu syahdan di skolah,kami menuju ke CS.Lepak di Secret Recipe minum2 ptg.Mengimbau kenangan kat CS plak.Gi tgk wayang,tiket 3 inggit je time tu.Maklom la budak skolah.Tempat boling,tempat men game dan yg utama,Food Court tempat selalu bertenet.Muahahha...
Agak2 kul 7 kami pun bertolak pulang.Kalut pulang ke Jitra,kami menuju ke selatan.What a day!Tired but sgt2 happy.Maya hantar aku kat Hentian Bandar Baharu sbb aku nak terus balik umah.So abg ngan kakak ipar aku dtg jemput aku.
Smp Parit Buntar,angah singgah kedai makan menapau mkn malam.Aku baru nak duduk jer,aku denga org panggil name aku.'Atun...atun...atun...' Aku ingatkan salah name,bile aku toleh.AYUNI!Ya allah,cemane bole aku jumpe ko kat sini?Tak paham plis.
Lepas terkinja2 teruja berjumpe ngan Ayuni,kami pun duduk sembang2.Maklomla dr lepas amek result SPM tak jumpe ngan die.Die pegi Jepun dan dah balik Jepun dan dah keje kat Shah Alam baru aku jumpe.Byk cite gak la walaupun kejap sgt kiteorg jumpe.
Ayuni: Ko tahu kan aku dah break-up ngan abg Rahmat?
Aku: Tahu2.Aku pun dah tahu die dah kawen.Ngan anak Ustaz Ismail lagi.(cikgu skolah kiteorg)
Ayuni: Itu la..Aku pun terkejut sbb aku break ngan die tahun 2003.Tahun 2004 die dah kawen.Tu la..ni pun pasal family gak ni.Aku mcm tak paham ngan mentality org sini.Tahu la mak aku org Indonesia tapi kenape nak pk bukan2 pasal mak aku?Ni dah 2 kali aku rancang nak bertunang tapi tak penah jadi.Boifren aku skarang pun dah ade pompuan lain.Dah 2 relationship aku kantoi sbb family.Ntah la..
Aku: Sabo je la Ayu.Lepas ni ko mesti dpt yg lagi hensem dan bagus.
Ayuni: Tu la.Ape ko dah buat ngan pipi ko nih?Dulu kat skolah dulu lagi kembang lagi comel.Ape ko buat ni?Lain sgt muke ko nih?
Aku: Aaaa?Aku tak buat pape la.Aku main cucuk2 pipi aku ni terus kempis.Haha!
Tak sangke btol dpt jumpe minah kalut sorang ni.Lawa sungguh lepas balik dr Jepun ni.Hopefully lepas ni bole ajak Azliyani sekali hang out ngan minah kalut ni.Kegembiraan bertimpa2.
Lepas makanan siap,aku pun balik.Smp umah kul 9.30.Ingatkan smp umah nak tgk first concert AF,smp2 je takde concert.
Aku: Eh anjang.Apsal tgk bola?Tgk la concert? (kecewa)
Anjang: Ah! Takde2.Nak tgk concert tgk repeat besok.Aku nak tgk bola.
Aku: Oh.....(penuh kekecewaan)
So kecewa dgn keputusan anjang,aku pun melayan diri memakan dinner bersama ibunda dan ayahanda.Keadaan ibunda masih seperti dulu.Kurus dan tidak berselera utk makan.Ibunda saya telah disantau oleh seseorang.Kami masih berikhtiar walaupun sudah 7-8 bomoh dan ustaz telah ditemui.Masih buntu.Ibunda saya masih begitu.Benda2 yg ditanam oleh pengkhianat juga sudah dibuang 3 kali.Oh tuhan.Bantulah kami.Jauhi kami dr org2 yg zalim ini.
Sunday, 4th June 2006
Hari berehat.Lepaking kat umah.Mlm sempat menonton separuh concert AF.Tak sempat menonton performance Farhan.Yg lelain ok saje.Malas nak komen.Saye layankan ajer.
Monday, 5th June 2006
Oh hari percutian diberi oleh majikan.Terime kasih En Mark.Sebelah pagi menolong anjang mengemas rumah dan mencuci lantai.Kemudian memberi ayam2 ternakan ibunda makan.Kemudian bersiap utk menaiki bas pd pukul 2.
Smp KL kul 6.10.Zulbob janji nak jemput.Mcm biase,die lambat.Bile2 pun la, mesti aku yg tunggu die.Bukan die tunggu aku.Benci tau.Terus aku marah dan emo.Lepas berhambur perasaan marah,aku ajak die gi Mines menonton wayang.Hasrat dihati nak tgk Da Vinci Code(dah berminggu2 tertunda ni..)tapi lambat beno show nyer.Kul 11.05 mlm.Besok nak keje nih.Ok lah.Tgk X-men.Kul 9.10.
Sblm masuk panggung,mengisi perut di McD.Pastu tayangan bermula.
Preview: 3.0
1) Aku bajet cite ni akan berperang yg maha hebat dan kematian mutant secara beramai2 tapi tidak.
2) Apsal Cyclop sekejap sgt scene die?Apsal die mati camtu jer? Aaa?
3) Power nyer Jean ni.Hancur Prof X dibuatnyer.
4) Rogue?Apsal tak kuar power kau?Eh kau nak disembuhkan?Oo sbb kau nak kiss boifren kau.
5) Mystique?Oh2 cantik nyer.Tapi kejap nyer scene kau.Oh2.Sgt suke die berlawan.
6) Eh evil nyer Pyro ni.Tapi cam suke sbb cam cool.Haha!
7) Nyampah nyer ngan Magneto.Apsal kau tak mati je ganti Prof X.
8) Eh apasal awal sgt Prof X ni mati?Eh kasi can laa kat die.Dem yuh Phoenix.
9) Macho la abg Wolverine.Suke tgk u gado2.
10) Wah mcm dah upgrade je power Storm.
11) Lelain mutant pun sgt best power2 mereka.Maaf takley nak namakan sbb tatau.Haha!
So kesimpulannyer cite ni OK la.Aku tak ikut komik die so bagi aku cite ni ok jer.Scene perang tu best.Pyro ngan Magneto mmg cool.Jean power giler.Wish I had that power.Haha!Sian Cyclop kejap je berlakon.Kiss ngan Jean terus mati.Suke si comel Kitty.Bole tembus2 dinding.Wish had that power too.Takyah susah2 bukak pintu.Suke jugak kat Iceman sbb cool.So overall puas ati la ngan cite ni.
Harap2 sempat menonton Da Vinci Code di wayang.
Alkisah Zulbob dan telefon bimbit barunyer~
Wow!Hebat la telefon bimbit terbaru Zulbob!Wow!Teruja!Teruja utk membalas dendam.Haha!Maaf,walaupun kau boifren aku,kau tak terlepas utk menerima dendam kesumat aku.
Hebat kau skarang.Pakai henpon 3G lagi.Aku tak mampu nak pakai tepon semahal itu.Kakak2 dan abang2 juga tak mahu sponsor utk aku.Tapi Zulbob lain ceritanya.......kakaknya sanggup mengsponsor tepon bimbit itu.Kejelesan aku.Dah la henpon mahal,ade kamera,siap 3G lagi.Screen pun kaler2,bukan cam tepon aku,itam kelabu asap.Henpon die bole denga mp3,tepon aku denga radio cabuk je.Henpon die keypad best,henpon aku keypad tak best.So type sms pun laju je skarang kan.Aritu abg aku kasi pinjam je henpon best die tapi kakak Zulbob kasi terus je.Hebat lah!Tampak bergaya dan tampan apabila dia menggayakan henpon beliau.Perasan kacak lah tu!Over tau........
Rejeki
Alhamdulillah
Dapat cek bernilai RM110.Turun dr langit agaknye.Sbb tak tahu menahu dr mane dtg nyer asal usul cek ini.Menurut rakan2, ini adalah duit OT.Oh gumbira!Bole simpan utk beli hadiah hari lahir zulbob yg akan datang.
Nothing to update.Malam ni akan ke Ipoh bersama Yanie dan Kalut(gelaran kepada member persekolahan kami dulu.Nama asal nya Bukhori)Di Ipoh bermalam di rumah Nor Maya(teman persekolahan juga..anak DO Ipoh..merasa dok rumah mewah)Kami bukan nak ke gathering skolah tapi nak ke kenduri perkahwinan rakan sepersekolahan iaitu Farah Asnida di Pokok Sena,Kedah.Harus akan berjumpe ramai kawan2.Dan juga skandal lama.Haha!Zulbob jgn risau.Saye tak akan melupakan kamu.
Seb baik dah gaji ari ni.Kalo tak harus aku emo cam smlm.
Besok konsert pertama AF4.Harap sempat utk menonton setelah pulang dari Kedah.Menanti persembahan dr Farhan,Diddy,Faizal,Salim a.Yg lelain tu pandang seblah mate jer.Keh2
what is your true color..?
Your color is black. The color of night. Serene and mysterious, black conjures up images of elegant evening gowns, dashing tuxedos, and gleaming limousines. Traditionally a symbol of success, black also represents power and an uncompromising demand for perfection.









