IQ Test

Congratulations, :*!
Your IQ score is 115
 
This number is based on a scientific formula that compares how many questions you answered correctly on the Classic IQ Test relative to others.

Your Intellectual Type is Precision Processor. This means you're exceptionally good at discovering quick solutions to problems, especially ones that involve math or logic. You're also resourceful and able to think on your feet. And that's just some of what we know about you from your test results.

Test yourself NOW!  

0 Comments

Jumaat mlm Sabtu

Wiken tiba lagi.Ah saya suka wiken.Wiken mase utk rehat.Wiken mase utk tido yg enak.Wiken mase utk kemas bilek.Wiken mase utk menonton movie and tv series yg didonlod.Wiken mase utk bercinta.Pelbagai agenda bile menjelang wiken.

Wiken ini wiken utk bercinta.Sudah 2 minggu tak berdeting.Kekasih bz dgn xm.Tak mahu mengganggunya.So besok hari merdekanya.Harap2 beliau pass sume paper dan bole lah beliau berkonvo di dewan yg bakal tak siap itu.Hehe jgn marah.Tapi I emo.Sbb I konvo kat Melaka.Tak aci tau!

So besok plannyer nak tgk The Da Vinci Code.Mmg dah lame tunggu nak tgk cite ni.Ade yg kate busan ade yg kate best.Whatever!Nnt aku bagi review aku plak.

Aku baru je menonton reality tv One In A Million.Time odisyen ni la best tgk.Bole ngumpat org yg bersuara katok.Bole gelak guling,bole nguap,bole ape2 la.Next week odisyen kat KL.Kite tgk cemane artis2 kite gi odisyen plak.Tapi tadi aku terpegun giler denga sora sorang budak ni.Name nyer Nur Ayu.Umo 17.She reminds me to Paris Bennett.Finalis American Idol tu.Sbb walopun umo mude lg tapi sora die power seh.Best banget.Aku suke die je.HAHA!

Td ptg aku bengkek ngan sorang minah ni.Day by day she's being too annoying to me.Heloo...(sambil jentik dahi die) Can u be more matured and please have some respects to others?Kiteorg tak rugi pape.Mungkin kau yg rugi sbb ko hilang ramai kawan.Aku pun ilang respek kat kau.Pecahkan dinding ego kau dan belajar menggunakan perkataan 'maaf'.Sesape pun takkan rugi kalo ucapkan perkataan tu.Sblm tenung monitor cermin dulu muke tu.Ade lagi tak idung tu?Kalo idung tu penyet kene langga stemrol,cepat cari idung baru.Moralnyer,tgk kelemahan diri sendiri dan baiki.Nobody's perfect.Sape ngaku diri dia perfect die tu TIPOOOOO!Jgn plak ingat aku ni evil sgt smp tak maafkan org lain dan benci terus smp tanak kawan.Org lain bole menerima kau seadanya andainya kau pun bole menerima org lain dgn seadanya.Sape setuju angkat kening sebelah cam Ziana Zain!Yesza..

Enough la emo2 ni.Tak elok utk kesihatan.Nnt ade high blood pressure la,depression la,mcm2 lagi la penyakit.Silap aribulan bole dpt surat dprd doktot.'Anda kurang siuman'.Ha tak ke haru.So kalo ade problem tu luahkan la pd sesiapa yg anda percaya.Insyaallah bebanan akan hilang walaupun sikit.And think positive.

Aku pun bukan nak ckp aku ni baik.Aku ni jahat sebenanyer.Tapi kalo org buat baik ngan aku,org leh terima aku,senang ngan aku,takde hal nyer.Aku bukannyer memilih kawan.Kengkadang terlebih ramah.Don't judge me before u know me ok?

Skang aku tgh meng 'compile' koleksi senaman2 yg aku dpt dr mag and internet.Sebagai langkah pertama utk lebih kurus ramping lagi bergaya.Awww~seksis.Doakan saya berjaya ya.Misi kali ini ialah menurunkan berat badan menjadi 50kg.Ngee :D Ganbare!Fight oh!

Nguap dah bape kali dah.Tapi malas mahu melelapkan mata.Sepertinya mahu menemani kekasih study.Tapi dia tak sudi.Takpelah.I bawak diri dulu.Ronda2 di dalam bilek ini menarik juga.Kekasih,slamat berjaya ya.Aku sentiasa doakan kejayaan kamu.Byk 'hutang' kamu pd aku ini.Ngee hee hee..Sayang kamu banget~

 

9 Comments

Bosan

Hari ini Kamis 25 May 2006.Ntah kenape aku terlupe nak bawak purse ari ni.Haih.Dem.Nak kate kalut bersiap pagi tadi,tak jugak.Selalu nyer mmg cek before kuar.Mungkin kerna berceting dgn kekasih hati sblm menerima miss call drpd Teh.

Kekasih susah hati.Dlm dilema.Antara mahu atau tidak. SAP ABAP Certification Program @ MMU.Aku pun takde la tahu menahu sgt pasal SAP ni.Tapi menurut zulbob mende ni sgt berguna di masa hadapan.Ramai pakar2 IT buat mende ni.Tapi utk sekeping sijil tu,kene amek bape minggu ntah kelas nyer.Bayaran nyer juga DA BOMM!RM4,500.Itulah yg dirunsingkan nyer pagi tadi.Memula dulu,problem pasal duit.Skang masalah duit dah selesai.Masalah MALAS plak timbul.Haih cinta hati.Ari tu semangat sungguh nak amek sijil ni.Siap emo2 ngan aku.Skang peluang terbuka depan mate,keliru plak mahu atau tidak.At last aku ckp camni jer.

"Camni la sayang.Allah dah bukak jln utk abg move forward.Dia dah bagi first step kat abg bile abg dah lulus dlm test isnin lepas.So just follow the flow.Insyaallah He will lead u until the end of the road.This is one in a lifetime chance and we dont know what's coming in the future.So grab the chance and i always support u from the back."

Alhamdulillah everything dah settle.Die pun dah buat payment.I hope he will work hard for our future.I'm gonna support u until the end.Ganbare!!Fight oh!Ehek

I love u so much



7 Comments

Everything happens for a good reason....

Sometimes people come into your life and you know right away that they were meant to be there...to serve some sort of purpose, teach you a lesson or help figure out who you are or who you want to become. You never know who these people may be but you lock eyes with them, you know that very moment that they will affect your life in some profound way.

And sometimes things happen to you at the time that may seem horrible, painful and unfair, but in reflection you realize that without overcoming those obstacles you would never realize your potential, strength, will power or heart.

Everything happens for a reason. Nothing happens by chance or by means of luck. Illness, love, lost moments of true greatness and sheer stupidity all occur to test limits of your soul.

Without these small tests, life would be like a smoothly paved, straight, flat road to nowhere safe and comfortable but dull and utterly pointless.

The people you meet affect your life. The successes and downfalls that you experience can create whom you are, and the bad experiences can be learned from. In fact they are probably the most poignant and important ones. If someone hurts you, betrays you or breaks your heart, forgive them because they have helped you learn about trust and the importance of being cautious to whom you open your heart.

If someone loves you, love them back unconditionally, not only because they love you, but also because they are teaching you to love and open your heart and eyes to little things. Make every day count. Appreciate everything that you possibly can, for you may never experience it again.

Talk to people whom you have never talked to before, and actually listen. Let yourself fall in love, break free and set your sights high. Hold you head up because you have every right to.

Tell yourself you are a great individual and believe in yourself, for if you don't believe in yourself, no one else will believe in you. Create you own life and then go out and live it.

"If you take your eyes off your goals, all you see is obstacles."

0 Comments

Ketat

Jeans aku dah ketat.Lengan baju aku pun dah ketat.Makna nye, baju ngan suar aku dah makin mengecik.Btol?HAHA!Makin gummok tamau ngaku.Ish!Aritu gi timbang ngan Teh kat klinik MMU tu berat aku dah bertambah sekilo.Pastu plak,terasa ukur lilit pinggul dan paha serta lengan semakin melebar.Oh oh oh!Pertambahan mendadak ini merunsingkan.Sepeninggalan dalam bidang senaman dan yoga telah menyebabkan lemak2 di badan galak membiak.Oh oh oh!Runsing.

Bila ditanya pd cinta hati,die kate tak kisah."Kalo berat badan kau 60kg pun aku tak kisah.Ko gemuk cemane pun aku tak kisah".Tapi ada muslihat di sebalik 'tak kisah' nya itu."Duit hantaran kene kurang la camtu yer".Cis.

Baiklah.Menanamkan azam utk bersenam setiap pagi dan malam.Disamping mengontrol pengambilan makanan2 yg berlemak dan berminyak.Dan tidak makan selepas jam 10 malam.Oh oh oh!Tolong pergi wahai ketul2 lemak.Anda tidak diundang melekap di badan saya.PERGI PERGI!

Oh baru teringat.Smlm ade makan2 bersama teman2 sekumpulan(Makan lagi.Hidupku umpama "HIDUP UTK MAKAN") Tujuan makan2 ini adalah utk meraikan hari lahir En Abel dan farewell utk Cik Yoke.En Abel baru je mengalami peningkatan usia ke 22.Cik Yoke pula sudah mendapat pekerjaan baru di S'pore.Oh best nyer.Kami makan di Restoran F1 di IOI Mall.Buleh tahan makanan di situ.Cuma mashed potatonya membuatkan aku tercekik!Keras giler.Chicken Maryland yg aku order juga aneh!Ade pisang goreng.

Sebut pasal pisang, ade satu perbualan yg menarik minat saya.

TEH: Abel, u nak pisang? Eton offer kat u.

ABEL: Tak apa.Saya sudah ada.

HAHAHAHA! (Vicky menjeling tanda marah)

VICKY: Suruh die keluarkan pisang dia.

HAHAHAHAHAHAHA! (gelak yg lagi maha hebat)

Kemudian, mcm biasa sesi penggambaran.Penggambaran terbantut kerna seekor tikus melintas lalu.Ieee geli melihatkan ekornya yg panjang itu.Ieee ieee.

3 Comments

Harian Metro, Selasa 17 May 2006

Henpon vibrating

Aku : Halu

Anjang : Halo dik.Cepat2 bukak Harian Metro.Skolah kau masuk paper ni.Hihihiih

Aku : Haa?Apsal aa?

Anjang : Pak gad hang ingatkan nampak bewak kat tasik hampa tu.Tapi tgk2 anak boya.Seb baik laa hang dah kluaq skolah tu, kalo tak hang la paling sedap dia nak makan.Hihihi

Aku : HAHA! Hang biaq betoi.Skolah aku plak tu.Sat2 aku bukak.

Anjang : Btoi la.Hang pi baca.Dah2.Siang ni.Mahai.Bye Mat.

Huh.Btol rupenyer.Diingatkan bahwe skolah saye bukanlah penternak boya yer.Ntah mane dtg nyer aku pun tak tau.Tapi seriyes lawak.Dan tasik tu mmg takde boya pun.Kalo tak dah lame aku ngan kengkawan aku kene makan.Byk aktiviti buat kat tasik tu.Dem.Rindu nak berkayak kat tasik tu.Huhu.

P/s: SMS from anjang : Hampa kena tukaq nama skolah hampa jadi Skolah Menengah Sains Sultan Mohamad Boya.He..he..

Dem.Over tau anjang ni 


Edisi Utara : Buaya disangka biawak

SUNGAI PETANI: Tiga pengawal keselamatan yang meronda dalam kawasan Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SMSSMJ) di sini, malam Sabtu lalu terkejut apabila mendapati haiwan yang disangka biawak sebenarnya seekor anak buaya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, pengawal keselamatan terbabit sedang melakukan rondaan rutin di sekitar kawasan sekolah apabila terserempak reptilia itu.

Sumber memberitahu Harian Metro, mereka meronda sekitar kolam semula jadi dalam kawasan SMSSMJ dan terlihat sesuatu yang pelik di tebing kolam tanpa bergerak.

“Pada mulanya haiwan itu disangka seekor biawak yang sering dilihat mencari ikan pada waktu malam di kolam itu yang panjangnya lebih 200 meter.

“Bagaimanapun, apabila didekati, haiwan berkenaan tidak sedikit pun bergerak lalu seorang daripada pengawal keselamatan itu menyuluh ke arahnya dan terkejut apabila mendapati ia seekor anak buaya,” katanya.

Sumber itu berkata, seorang daripada pengawal keselamatan itu kemudian menyerkup anak buaya itu dengan kemeja-T yang dipakai sebelum mengikat mulut buaya itu dan dimasukkan ke dalam sangkar.

Katanya, anak buaya seberat lebih tujuh kilogram dan panjang kira-kira satu meter itu kemudian ditempatkan di dalam kolam khas untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Difahamkan, spesies anak buaya itu adalah daripada jenis buaya tembaga yang boleh hidup berpuluh tahun.

Pengetua SMSSMJ, Rusdin Husin, berkata pihak pengurusan sekolah percaya anak buaya itu bukannya penghuni asal kolam berkenaan.

Ini kerana, katanya, sejak kolam itu wujud pada 1972, belum pernah sesiapa mendakwa terserempak buaya.

“Kita percaya binatang itu dibuang pihak tidak bertanggungjawab ke dalam kolam SMSSMJ berikutan banyak kediaman termasuk bangunan kedai pelbagai jenis perniagaan beroperasi berdekatan kolam itu.

“Sempadan sekolah hanya dipisahkan dengan tembok yang memungkinkan mereka mengambil jalan mudah membuang anak buaya di situ (kolam),” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Rusdin bagaimanapun berkata, ibu bapa pelajar tidak perlu bimbang kerana pihaknya sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memantau persekitaran kolam itu 24 jam sehari.

Malah, katanya, buat masa ini semua aktiviti kokurikulum membabitkan penggunaan kolam itu dihentikan serta-merta sehingga disahkan selamat pihak berkaitan.

Anak buaya itu sudah diserahkan kepada Perhilitan Kedah kira-kira jam 11 pagi semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Kedah, Rahim Ahmad, ketika dihubungi, mengesahkan reptilia itu dari spesies buaya tembaga.

“Kita sedang menyiasat bagaimana buaya itu boleh berada dalam kolam berkenaan.

“Siasatan akan dilakukan dari pelbagai sudut termasuk aliran kolam itu dan sama ada ia masuk ketika kejadian banjir dan sebagainya,” katanya.

Rahim berkata, buaya itu akan dihantar ke Zoo Melaka untuk tindakan lanjut.

Lain2 berita

0 Comments

Lalang

Di suatu petang yg hening

Aku : Eh kat blog kau lalang dah tinggi la.Tanak tebas ker?

Dia : Saje aku biar semak samun tu.Aku tunggu pokok cempedak tumbuh kat situ.Takpun tunggu gajah beranak seko dua.Takpun ular.Jadi penternak jaya.Bole tak?

Aku : Bole jer.Bole dijual hasil2 tu nnt.Moga2 kaya kite.Amin.

5 Comments

Kelebihan Solat Berjemaah Menurut Teori Fizik

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Wallahualam ~
 
Daisypath Ticker

3 Comments

Top 27 Things Guys Think Girls Should Know

01. We're not as big of perverts as you think we all are.
02. No matter what you say, your ex-boyfriend is an asshole.
03. We like you to give us hugs and kisses sometimes too.
04. Don't argue with us when we call you beautiful.
05. Don't treat us like crap, what goes around comes around.
06. We know you're pretty, that's one of the reason's we're going out with you.
07. Don't go into detail about your period. It scares us. If you have cramps and we ask you what's wrong, just tell us it's that time of the month and nothing more.
08. If you really liked us for us, you would let us think that our mustache, beard, or sideburns looked cool.
09. We never shave our legs. Get over it.
10. NEVER ask us if you can put make up on us. It's just wrong.
11. Don't make bets about us, because one of your friends will tell us, if you don't.
12. When we tell you that you're not fat, believe us.
13. We absolutely do not care about, The Backstreet Boys, NSYNC, 98 degrees, or what any other guy looks like for that matter.
14. What does pms stand for?
15. We may not be able to pee accurately all of the time, but at least we can stand up and go pee.
16. Just cause you think you're always right, doesn't mean that you don't have to apologize when you do something "wrong."
17. You expect us to say and do sweet things for you, but it would be nice if you did the same every once in a while.
18. We like to know that you love us. We can't always be spontaneous,so try to help us make the plans sometimes.
19. Don't ask us to beat up another guy for you, cause you might just get what you wish for.
20. Never kick us in the nuts"just to see what we would say"
21. Never pretend like you are going to break up with us and laugh when we believe you.
22. Pamela Anderson's boobs aren't fake anymore, but we like yours better anyway. Size doesn't matter, except to idiots who don't want a relationship.
23. PMS is not an excuse.
24. If you want us to put the seat down when we're done, you should put it up when you're done.
25. Don't tell us how cute your ex-boyfriend was. That doesn't turn us on.
26. And always remember: The way to a guys heart is through his stomach..... and maybe....oh never mind.
27. And last but not least: We know you're not always right, but we'll pretend like you are anyway.

 

Daisypath Ticker

0 Comments

Weekend

Penat.Tapi BEST GILER!Itu je ungkapan yg paling seswai to describe my weekend.Ihiks~

Day 1:

Smp Tjg Malim lebey kureng kul 8 mlm.Sesmp di sana,dah siap berbbq.Ayam,daging dah siap dibakar dan ade yg masih dibakar.Lepas maghrib,terus makan sambil borak2 dgn ahli keluarga yg lain.Berbincang ttg masalah negara(forever masalah negara),hal2 semasa dan hal2 lain(tak hengat sgt sbb asik MAKAN jer)HAHA!.Tokwan beli kek utk sambut besday cucu2 nya.Tapi besday anak sendiri tak ingat.Besday aku la tu.Kecik ati.HAHA!

Day 2:

Lepas brekfes,kul 10,beramai ramai menuju ke Sungai Klah Hot Spring Park.Perjalanan dlm 40 minit camtu dr Tjg Malim.Selepas merentas ladang2 kelapa sawit dan jln yg lecah,smp jugak la ke Hot Spring tu.Kagum sbb di celah2 ladang2 itu terselit satu taman rekriasi yg best!Bayaran masuk pun cam murah jer.Kanak2 RM2.50,dewasa RM5.00,warga emas RM4.00. Kolam air panas tu cam jauh ke dalam la gak.Sesmp je kat dlm tu,baru nampak ramai manusia bermandi manda.Byk gak la kolam nyer.Dr pelbagai darjah Celcius.30°C-35°C agak2 suam2 kuku,40°C-45°C tu agak panas la.Bak kate anjang,kalo rendam teh mau kembang ni.60°C-70°C kompem melecur.100°C dah smp tahap didih.Kat sini yg bole rebus telur tu.

Tapi kiteorg tak mandi kat kolam public tu.Kiteorg amek Family Spa.Yg ni cam special and private sket la.Ade ruang tertutup utk mandi air panas.Tapi utk family besa cam kiteorg,kene amek 2 la.Kalo amek 1 jer,macam sardin dlm kolam tu.HAHA!Berbaloi la.RM25 utk sejam berendam dan mandi manda dlm kolam tu.BEST!Tapi takde pun keajaiban berlaku.Masih seperti dulu.HAHA!Kot la menjadi transformasi menjadi pompuan cantik.Tapi takpelah.Nasib baik tak overcook.

 

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Pulang kul 1.30 camtu.Smp umah je pening tak tahu pasal ape.Terus tetido smp kul 4.Lepas asar terus bertolak pulang ke KL.Nennt nak pegi lagi lah.Best!
Daisypath Ticker

8 Comments

Agenda

Hari ni percutian pekerjaan se-Malaysia.Enak btol tido walaupun smlm tido yg agak lambat.Memikirkan hal2 dunia yg tatau nak setelkan cemana.Eceh.Konon warga dunia yg bertanggungjawap la tu.

Minggu ni ade pelbagai agenda.
Agenda pertama
:Ke Kajang menjemput kakak utk ke Damansara utk ke rumah kakak yg sulong utk melaksanakan agenda kedua.
Agenda kedua:Ke Tanjung Malim utk ke rumah abang pd mlm ini utk bertemu ayahanda dan bonda.
Agenda ketiga:Aktiviti mandi manda di kolam air panas.Harap2 bole la dicairkan lemak2 di badan ini.Harap2 bole la mencerahkan kulit ini menjadi lutsinar barangkali.Harap2 keajaiban berlaku.Transformasi menjadi wanita cantik anggun bergaya barangkali.Haha!Angan2 harus melebihi had laju yg ditetapkan.Tgk la gimana jadinya nnt.Jgn overcook sudah.

Weekend ini menjanjikan sesuatu yg fun dan best.Diharap bole melupakan segala keserabutan yg melanda hati.Hatiku berbunga riang!

p/s: 1.Kepada cinta hati, jgn dirindui saye yer.Akan pulang pd ahad ini.Tumpukan pd study kamu ya.Ku doakan agar kamu sukses.Sayang kamu!

2.Kepada Ajurina.(andainya kamu sedang membaca blog saya ini)Selamat jalan ke kampung halamanmu.Ku doakan agar kau selamat sampai dan selamat pulang semula ke tanah air semenanjung ini.Kirim salam sama cuken2 kamu yah!Dan abg kamu jua.Semoga kau berbahagia di sana.Hehe~

 

 

Daisypath Ticker

0 Comments

Rindu

Photobucket - Video and Image Hosting

Kepada cinta hati.Terima kasih atas segala sapot anda.Terima kasih kerana memahami.Terima kasih atas cinta dan sayang anda.Andalah yg terbaik! (tahun depan kawen yer~ hahaha)

Photobucket - Video and Image Hosting

Belang.I miss u so much la.I miss nak tarik2 eko u.I miss nak usap2 u.I miss nak tarik misai u.I miss nak kasi u makan.I miss nak ckp ngan u.I miss nak dukung u.Huwaaa...belang.Kembalilah kepadaku.

Cantik - Kahitna

Cantik
Ingin rasa hati berbisik
Untuk melepas keresahan
Dirimu

O..o..Cantik...
Bukan kuingin mengganggumu
Tapi apa arti merindu
Selalu,...
Ooo...
Walau mentari terbit di utara
Hatiku hanya untukmu...

Ada hati yang termanis dan penuh cinta
Tentu saja kan kubalas seisi jiwa
Tiada lagi
Tiada lagi yang ganggu kita
Ini kesungguhan
Sungguh aku sayang kamu

Ingin ku berjalan menyusuri cinta
Cinta yang abadi untukmu selamanya...

0 Comments

Dunno

Hmm..Tatau perasaan ape yg dirasai sekarang.Sedih?Teruja?Marah?Sayang ?Lantak?Abaikan?Semua jadi kucar kacir.Pergolakan rumahtangga semakin meruncing.

Haih.

Pada siapa diri ini ingin mengadu?Huhu..Sume nye gara2 D-45-B.Baru sorang hosmet pindah, dah kucar kacir jadinya.Ntah ape laa yg susah sgt nyer.Mintak tolerate sket pun susah.Hm…ke tk cukup lagi tolerate nyer?Ntah…

Masalah:

Sorang hosmet nak pindah rumah.Master bedroom kurang sorang.Nak carik pengganti?Tiada.Sbb tade kawan nak join sekali.Discuss ngan nyamuk dan lalat.Bole tak tuka bilek?Mlm pertama ckp setuju.Tak smp 24jam dah ckp tak berminat.So diadakan musyawarah sesame ahli rumah.

Solution:

  1. Cari hosmet selewat lewat nyer end of May.
  2. Membwa haluan masing2.

Sayang nak kuar dr rumah ni.Byk sgt dah mende yg dibuat utk rumah ni.Ape2 yg rosak aku yg btolkan.Ape2 yg tak cukup aku cukupkan.Ape2 yg tak bole aku bolekan.Ape2 yg tak kene aku jugak yg handle.Bile jadi camni, rase sedih pun ader.Terkilan pun ader.Byk duit lagi nak pakai utk pindah2 nih.Tak berkemampuan nak kuarkan duit yg byk.Yer lah.Bukan mak bapak tanggung lagi dah.Sume nyer atas diri sendiri.

Haih.

Sayang ngan rumah ni.Besa.Selesa.Nyaman.Tenang.Senyap.Tapi org rumah nyer yg tak bape best.Bile nyamuk dah byk,halau cemane pun menatang tu takkan lari.Dtg lagi byk ader la.Kalo bunuh pun tanak mati.Penyet cemane pun, baker cemane sekali pun die idop jugak.Kan best kalo buat nyamuk baka pastu bagi harimau makan kat utan.Tak timbul cenggini nyer masalah

Sedih.Marah tu ade la sikit.Tapi terkilan yg byk.

5 Comments

The Rose

Red roses were her favorites,
her name was also Rose.
And every year her husband sent them,
tied with pretty bows
.

The year he died,
the roses were delivered to her door.
the card said, "Be my Valentine,"
like all the years before.

Each year he sent her roses,
and the note would always say,
"I love you even more this year,
than last year on this day.


My love for you will always grow,
with every passing year."
She knew this was the last time
that the roses would appear.

She thought, he ordered roses
in advance before this day.
Her loving husband did not know,
that he would pass away.


He always liked to do things early,
way before the time.
Then, if he got too busy,
everything would work out fine.

She trimmed the stems,
and placed them in a very special vase.
Then, sat the vase
beside the portrait of his smiling face.


She would sit for hours,
in her husband's favorite chair.
While staring at his picture,
and the roses sitting there.

A year went by,
and it was hard to live without her mate.
With loneliness and solitude,
that had become her fate.


Then, the very hour,
as on Valentines before,
The doorbell rang, and there were roses,
sitting by her door.

She brought the roses in,
and then just looked at them in shock.
Then, went to get the telephone,
to call the florist shop.


The owner answered,
and she asked him, if he would explain,
Why would someone do this to her,
causing her such pain?

"I know your husband passed away,
more than a year ago,"
The owner said, "I knew you'd call,
and you would want to know.


The flowers you received today,
were paid for in advance.
Your husband always planned ahead,
he left nothing to chance.

There is a standing order,
that I have on file down here,
And he has paid, well in advance,
you'll get them every year.
There also is another thing,
that I think you should know,


He wrote a special little card...
he did this years ago.
Then, should ever I find out
that he's no longer here,
That's the card...that should be sent,
to you the following year."

She thanked him and hung up the phone,
her tears now flowing hard.
Her fingers shaking, as she slowly reached
to get the card.

Inside the card,
she saw that he had written her a note.
Then, as she stared in total silence,
this is what he wrote...

"Hello my love,
I know it's been a year since I've been gone,
I hope it hasn't been too hard for you to
overcome.

I know it must be lonely,
and the pain is very real.
Or if it was the other way,
I know how I would feel.

The love we shared made everything so
beautiful in life.
I loved you more than words can say,
you were the perfect wife.

You were my friend and lover,
you fulfilled my every need.
I know it's only been a year,
but please try not to grieve

I want you to be happy,
even when you shed your tears.
That is why the roses will be sent to you
for years.

When you get these roses,
think of all the happiness,
That we had together,
and how both of us were blessed.

I have always loved you and I know I always will.
But, my love, you must go on, you have some
living still.


Please...try to find happiness,
while living out your days.
I know it is not easy,
but I hope you find some ways.
The roses will come every year,
and they will only stop,
When your door's not answered,
when the florist stops to knock.

He will come five times that day,
in case you have gone out.
But after his last visit,
he will know without a doubt
To take the roses to the place,
where I've instructed him.
And place the roses where we are,
together once again.


Sometimes in life, you find a special friend;
Someone who changes your life just by being
part of it.

Someone who makes you laugh until you can't stop;
Someone who makes you believe that there really is good in the world.
Someone who convinces you that there really
is an unlocked door just waiting for you to open it.

0 Comments

Walimatul Urus

Haih.

Ngantuk banget ini.
Nggak tahu mengapa.
Mungkin kemalasan di tahap optimum kot.
Mungkin jua sbb makan terlalu byk tadi.
Sebumbun nasik.

Hmm..
Teringat smlm.
Menerima kad jemputan kahwin dr rakan, Farah Asnida.

Haih.

Sorang lagi teman bertukar status.
Tumpang gumbira dan mendoakan kebahagiaan beliau nnt.
Setelah menempuh percintaan yg penuh pancaroba, akhirnya mereka berkahwin jua.

Haih.

Adik angkat semase skolah jua mengirim kad jemputan.
Eh! Ni langkah bendul ni dik.
Akak pun tak kawen lagi, apsal adik kawen awal sgt nih?
Tetibe rase tertekan.
Haha.

Jeles pun ader.
Ibarat kate zulbob, jeles-jeles dengki.
I pun nak kawen jugak.
Tp bile yer (soklan ditujukan kepada En Zulbob.Jawap seberapa segera ye!)
Skang ni pun dlm process kumpul duit.
Insyaallah akan datang.

Dulu mase awal2 percintaan.
Ingat nak kawen dikala umur 28 thn.
Genap 10 tahun percintaan konon nyer.
Tapi skang baru nak mencecah 6 thn.
Dah malas bercinta.
Baik kawen saja.
Tidak membazir duit dan masa.

Tunggu lah.
Oktober 2007 

 

4 Comments

Errr..

Seram.
Sejuk.
Segan.
Malu.
Awww~~
Mereka dah tahu.
Walau ku tak beritahu.
Isk.
Gusar.
Biarlah rahsia bukan lagi rahsia.
Huhu.
Ok lah.
Sile lah lawati blog saye bile berkesempatan ye.
Hehe. 

2 Comments

Suatu hari di kampung

28 April 2006, 8.45 malam

Bermula perjalanan pulang ke kampung.Eh!Bukan kampung, bandar sbb rumah kami rumah batu, so bukan dok kampung(anjang ckp camtu..hehe) Heaven nyer balik kampung.Cam lame sgt tak balik.Padehal baru sebulan.Perjalanan selame 7 jam tu terase sgt lame sbb sejuk sgt dlm ketapi tuh.Kusi pun mcm sgt keras.Menghalang diri ini utk lena walopun sgt letih.Takpe bersabar je sbb jap lagi nak tido atas katil di atas tilam yg empuk(Ayat penyedap hati) Kul 3.15 smp ke destinasi.Dah nampak abah tapi abah tak nampak walaupun aku melambainyer dr jauh."Laa abah tak nampak hang.Hang tu kecik sgt"Seb baik abah ckp aku kecik.Kalo abah ckp "Laa abah tak nampak hang.Hang tu gelap mcm mlm.Sbb tu abah tak nampak" HAHA!Harus kecil hati.Lalu pulang dan terus menerkam ke atas tilam.Tido yg sgt lena smp anjang kejut utk smayang subuh.

29 April 2006

Tepat kul 10 anjang kejut.Plan hari ni nak gi kenduri.Tapi terpaksa batalkan hasrat sbb mak tak bape sihat.Cam nak pegi pun tak sedap ati.So lepak la kat umah tunggu angah pulang dr Ipoh bersama isteri kesayangan.Menjelang tgh hari, ade cite best plak kat TV2.Cite Sangam.HAHA! Layan........

Smp ke ptg, anjang ajak gi pasar malam.Best nyer!Dpt makan sedap2.Tibe2 teringat nasik kerabu makcik gemuk.Terliur.Sesmp di pasar mlm terus mencari makcik tu.Kemudian carik makan lagi.Tulang ayam goreng (ataupun kami panggil jerangkung..tatau apsal..mungkin sbb die jual tulang ayam kot) Pastu anjang singgah KFC plak.Nak belikan mak ciken cop."Mak skang ni tak lalu makan, so kite bagi makanan yg mahal2, kot mak bole makan kenyang2..."kate anjang.

Smp je kat umah terus lapa nih.Pas smayang maghrib terus melahap nasik kerabu depan tv.Isk sedap nyer.Abes nasik kerabu makan ciken cop plak(tapi separuh je la..share ngan mak)Pastu makan jerangkung plak(errr..abeh sekor tu aku makan..tulang hancur abeh)Anjang memandang seraya berkata"Byk nyer ko makan ni dik..Ngucap2"HAHA! Aku dah lame tak makan sedap.Terus jadi lapa sgt, aku jawap.

Elok abeh makan, start AIM.Elok la perut kenyang2 ni layan tv plak.Tapi bosan.Takde yg interesting pun.Tapi layan je la.Sesekali tuka channel 81, tgk MU kalah ngan Chelsea.Apo la!

Agak2 jam dah kul 11 mule ngantuk.AIM tak sempat abeh pun aku dah belayar ke mane ntah. Mimpi mkn sedap2 kot...HAHA!


30 April 2006

Ari ni ade aktiviti khas.PULANG KE LENGGONG!Lenggong ni kampung arwah Pak Wa ngan Mak Wa aku. Best giler tempat ni.Dulu kecik2 selalu dtg sini.Main kat bendang, mandi sungai, main masak2. Walaupun aku tak ingat sgt tapi tempat ni mmg best.

Kul 9 pagi dah bertolak.Brekfes kat Changkat Jering.Bile singgah sini je mesti aku rase lapa yg amat.Mueheheh!Sini makan sedap.Murah lak tu.Buahan pun byk jual kat sini.Sronok bile byk makanan nih.

Lepas brekfes terus gi Grik.Gi umah acik dulu utk makan tgh hari.Singgah kat Tasik Raban beli lunch.Pergh lauk sedap2.Ikan bakar,masak lemak tempoyak,sambal belacan ngan tempoyak, mmg gemuk laa aku bile balik kampung ni.Kat Cyber tak dpt laa nak makan camni.Huahua.

Smp kat umah acik terus lunch.Sume org makan ngan lahap sbb makanan best2.Ikan jelawat masak lemak tempoyak tu laa paling best.Nyum nyum.Aku ratah ikan tu smp abes.Keh2.Lepas makan tu mmg tersandar kekenyangan la.Mule carik bantal.HAHA!Tapi jam dah kul 2 lebih.Kang lambat smp kampung.

Teruskan perjalanan ke Lenggong.Masuk je simpang tu aku dah teruja tgk bendang. Ah, lame nyer
tak berlari lari di batas tu.Cam cantik sgt.Tapi tak sempat amek gamba sbb anjang tanak benti kete.Hampeh btol!

Terus masuk kampung.Tuju ke rumah arwah Pak Wa ngan Mak Wa.Mak Wa ni kakak
abah.Meninggal mase aku darjah 1 sakit paru2 berair.Arwah Mak Wa mmg sgt rapat ngan kiteorg.Mmg sedih sgt mase die meninggal.Dulu Mak Wa keje as pembantu kantin kat skolah kat Lenggong tu.Masakan Mak Wa mmg sedap giler.Pak Wa meninggal awal lagi dr Mak Wa.Aku pun tak bape ingat sgt. Umah tu skang ade org sewa.Kami tak kenal pun.So just tgk dr luar jer.Tingat la zaman dolu2. Huhu..sedih

 

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Lepas tgk2 kawasan sket pegi rumah Pak Cu Taib.Aku pun tak kenal tapi die dok seblah umah arwah Mak Wa tu.Sblm masuk umah Pak Cu tu, ade pokok bunge matahari yg sgt cantik menarik lagi lawa.Huhu.Besa giler bunge die.Aku sgt geram.Terus aku amek gamba bunge tu.Tinggi kemain pokok nyer.Aku pun tak smp nak amek gamba bunge tu.Dem!"Tgk la ni mak.Fotografer pun pendek takleh nak amek gamba bunge yg tinggi tu" Ceh hampeh btol anjang ni.Tapi takpe janji ade gamba bunge yg chantek ini.Kalo tgk je bunge matahari mesti tingat kat alang.Sbb alang ni kipas-susah-mati sunflower.

Photobucket - Video and Image Hosting

Dlm kul 5 camtu balik la ke Taiping.Packing pape patut sbb mlm dah nak balik KL.Bawak mak sekali.Sbb mak nak berubat kat sorang ustaz ni dekat umah yong.Bile dah balik kampung ni,
nak balik KL balik mmg sgt liat la.Bile dah balik KL nak kene keje.Huahua.Tapi kalo tak keje cemane nak dpt duit.So kene la balik.

Kul 12 ketapi menuju ke KL smp.So goodbye abah goodbye anjang.Adik bawak mak gi jumpe alang dan yong.Anjang, hang jage abah baik2 yer.Ayam kat reban tu bagi makan.Jgn dibiar kebulur.

HAHA!

0 Comments

Berapa ramai suami yang boleh jadi imam?

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya  disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan menyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"
Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita ini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

1 Comments

Di suatu petang yg tak bape sunyi

TET TET!! TET TET!!

Aku menerima sms.Oh nyamuk rupe nyer.Eh ape mimpi nyamuk ini meng sms aku di kala maghrib nih.

"I t'gelincir dlm bilek air masa cuci toilet. Lps ni smpi mampus I xnk cucikan jamban atun! Pandai ingatkan org psl sewa tp jamban sendiri lupa nk cuci! Nnti kirim beli kampit itam ek. Adui sakit hati aku dgn atun huhuhuh"

Langsung tersentap aku. Tibe2 terkeluar maki-makian yg tak sepatutnyer. Maaf tak bole disiarkan di sini sbb terlalu cencored. MUAHAHAHHA! Lalu aku membalas nyer...

"Ai, atun dok cuci toilet selame ni tak penah nak komplen..baru sekali cuci dah komplen? penah cuci toilet ke tak? ajak la noreen kalo byk sgt nak sental..selalu atun buat sorang jer..tak penah nk komplen..blom komen psl cuci  dapo mop lantai..kalo ikhlas nk cuci takyah komplen"

Sending msg. Message sending fail. Argh apsal nih? Ceh..kredit tinggal 4 sen.Lalu Alang menegur

Alang: Hang ni pasai apa?
Aku:Ni tgh marah kat housemate aku ni.Dok komplen pasal cuci toilet la ape la.Bla bla bla (ntah ape ntah aku ngomel lagi aku pun tak hingat..haha)
Alang: Nah amek henpon alang ni.Pi sms die


So ni my second sms to her

"As'kum ****(name terpakse dirahsiakan)..baru sekali cuci toilet dah komplen ker? atun cuci selame ni x penah komplen pun..saje atun x cuci nak test **** reti cuci toilet ke tak? kalo susah sgt ajak la noreen..atun bukan la nak ungkit tp dapo tu hall tu atun yg buat tp tak penah nak komplen..pas ni kite cuci toilet gilir2 yer"

Ah! Dem..Marah nyer aku

"Waslm. Kahkah sory atun sakit ati sbb t'golek punya pasal. ****  mmg selalu cuci toilet esp sinki ngan jamban. Rambut yg berketul pun kucuci jua. Tp sejak noren masuk dh jarang cuci sbb x beli2 berus baru. Maap yer atun. Incik dapo sy jrg guna, masuk pn jrg2 sekali"

"Sampah pn kuhumban dlm bilek, jrg guna tong bwh. Takpa la TOILET SUDAH BERSIH. Daki yg b'ketang sudah kusental! Rambut yg bersepah pn **** tinggal nak tgk sapa buangkan tp tadak sapa amik so **** buang semua. Hehe jd jgn le ingat sy x pandai cuci toilet ye heheheheh"

"Lps ni sapa rajin,sental la sket dinding n shower ye. Itu sinki xpe biar **** basuh. Xyah la nk tgk sy pandai cuci toilet ke x,sy rajin kalau sy b'kongsi!Huahua"


oooo baru aku paham.Ko buat lawak rupenyer..HAHA!Puas ati aku sbb aku bantai die.Ingat aku sorang je gune toilet tu.Nak buat lawak pun cari laa ayat lain.Ade ke camtu?Dah la pasal dulu tak setel lagi. Nak ditambah plak.Mmg menggigil aku.Pastu aku gelak sensorang sbb ape kebengong nyer minah ni pasal mende tu pun nak kecoh2.Kalo die ikhlas laa nak cuci toilet tu takkan la tuhan nak bagi die jatuh.Mesti mase die menyental tu die kutuk aku.Sbb tu la tuhan bagi 'cash' kat die and jatuh toilet.Nak kate fani tak fani laa sbb aku sakit ati.Tapi lantak kau lah!Janji toilet tu bersih.Muahahhaa!

8 Comments